29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: K’jaan naikkan dana Mitra kepada RM150 juta

    Shopee Sale

    Kerajaan bersetuju meningkatkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada RM 150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata ia susulan prestasi baik agensi itu dalam melaksanakan program pembangunan masyarakat India.

    Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan menilai keberkesanan pelbagai program Mitra, yang disasarkan kepada kelompok masyarakat India yang memerlukan bantuan khususnya dalam bidang pendidikan, latihan dan pembangunan sosioekonomi.

    MENARIK:  Krisis NS: Umno tolak penangguhan 6 bulan, tuntut sidang khas DUN

    “Mitra ini ada program khas, kerana boleh digabungkan pandangan-pandangan sarjana elit India dan wakil-wakil persatuan India tetapi harus kita baiki program, supaya program itu betul-betul sampai menjurus kepada kelompok yang memerlukan,” kata beliau pada majlis ramah mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya, hari ini.

    Sebelum ini, sebanyak RM100 juta disediakan untuk peruntukan tahun 2026 dengan tambahan RM50 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM150 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah