32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

    Shopee Sale

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 8 pagi tadi.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

    “Bagaimanapun kita menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir,” katanya.

    Menurutnya aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar. 

    Dalam pada itu akaun rasmi Twitter PLUS Trafik memaklumkan pengaktifan Smartlane di beberapa lokasi bagi melancarkan aliran trafik.

    MENARIK:  Malaysia gesa PBB kenakan sekatan ke atas Israel

    Pengaktifan itu antaranya melibatkan Kilometer (KM) 4.5 hingga KM1.9 arah selatan antara Setia Tropika ke Pasir Gudang, KM0.4 hingga KM6 arah Utara antara Pandan ke Kempas dan di kedua-dua arah melibatkan KM19 hingga KM27 antara Senai dan Kulai. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah