30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Jelaskan Isu Bayi Dikira 1 Pax Di Rembayung – ‘Saya Tak Untung, SOP Untuk Lindungi Bayi’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) di restoran miliknya yang menjadi bualan baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Disangka ‘Flop’ Selepas Video Raih Tontonan Rendah, Ini Jawapan Tuan Badan – ‘Saya Nak Buat Experiment..’

    Artikel Berkaitan: ‘Orang Tua Akan Penat..Trafik Terganggu’ – Khairul Aming Perjelas Sebab Rembayung Tak Terima ‘Walk In’

    Penjelasan

    View this post on Instagram

    A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

    Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 34, menafikan SOP yang dibuat adalah untuk mengaut keuntungan komersial sebaliknya mahu melindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak.

    SOP ini saya wujudkan sebab nak melindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak.

    Saya tidak untung buat SOP ni, malah makin rugi sebab bayi tak makan pun nasi.

    Tapi saya buat ni sebab nak melindungi keselamatan mereka. Bila ada seribu orang sehari, macam-macam benda boleh terjadi dekat restoran.

    Dalam perkongsian itu, Khairul Aming yang juga mesra disapa KA turut memuat naik paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan ruang fizikal restoran agar dapat memberi gambaran jelas kepada orang ramai tentang risiko pergerakan di premis itu.

    MENARIK:  Kanak-Kanak Mudah Dimanipulasi & Diancam Secara Seksual Atas Talian, Ibu Bapa Perlu Perjelas Risiko Dunia Siber

    Sementara itu, KA memaklumkan restorannya menerima kira-kira 1,000 pelanggan setiap hari, sekali gus menyebabkan suasana sentiasa sesak dan ruang laluan antara meja menjadi terhad.

    Jelasnya dengan memasukkan bayi ke dalam jumlah kiraan pax, susun atur meja akan menjadi lebih baik.

    Kata KA, dia juga pernah memberi kelonggaran namun menimbulkan presepsi yang tidak baik mengenai restorannya.

    Disebabkan itu, KA berkata pihaknya memutuskan untuk menguatkuasakan SOP berkenaan secara menyeluruh tanpa sebarang pengecualian.

    Terdahulu, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan SOP restoran itu yang perlu memasukkan bayi ke dalam jumlah kiraan pax ketika mahu membuat tempahan.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Khairul Aming Jelaskan Isu Bayi Dikira 1 Pax Di Rembayung – ‘Saya Tak Untung, SOP Untuk Lindungi Bayi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah