28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Duduk semeja dengan Adun Duyong, Sim hadiahkan pantun

    Shopee Sale

    Menteri dari DAP, Steven Sim menghadiahkan serangkap pantun selepas duduk semeja dengan Adun Umno, Mohd Noor Helmy dalam satu program di Melaka.

    “Tak boleh duduk semeja? Kat Melaka wajib berpantun, ini saya hadiahkan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

    Pantun tersebut berbunyi:

    Cantik bunga yang muda-muda,

    Buat kumbang singgah tak pergi;

    Politik biar berpada-pada,

    Buat baik kita "join" sekali.

    Hantaran ahli Parlimen Bukit Mertajam itu hadir ketika hubungan antara DAP dan Umno dilihat semakin tegang menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor, susulan peranang kenyataan terbuka antara pemimpin utamanya.

    Ia bermula apabila Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazali menegaskan tiada ruang kerjasama antara BN dan DAP dalam pembentukan kerajaan negeri pasca-PRN, ketika berucap di Iskandar Puteri baru-baru ini.

    Onn Hafiz malah berkata dia sanggup melepaskan jawatannya daripada menggadaikan prinsip.

    Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan kenyataan itu sebagai angkuh dan membangkitkan realiti jkerjasama politik di peringkat pusat.

    Menurutnya, pendirian Onn Hafiz itu agak ironik kerana Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, tiada masalah untuk bermesyuarat dan duduk semeja bersama dengan DAP hampir setiap minggu dalam mesyuarat kabinet.

    Loke dan Onn Hafiz kemudiannya ‘bertembung’ pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen KTM Kulai pada 16 Julai lalu.

    MENARIK:  Ini pembangkang paling tak berguna - Khairy

    Kedua-dua pemimpin itu dilihat bersalaman dan berbual mesra.

    Sementara itu Sim yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi turut menyiarkan gambarnya bersama Mohd Noor yang juga Adun Duyong.

    Turut hadir Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang juga wakil rakyat DAP.

    “Kita sama-sama hebatkan perniagaan Malaysia! Jalan Teruih!” kata Sim.

    Dalam hantaran berasingan Mohd Noor pula mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atas inisiatif Tekun Nasional dalam menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan.

    Dia turut memuji Sim yang dikatakan memudahkan proses pinjaman berkenaan selain menyokong tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memperketatkan undang-undang pinjaman wang berlesen.

    “Jangan mudahkan pemberian lesen dan kalau dah bagi lesen tu pantau sungguh-sungguh. Pantau dan ambil tindakan setiap aduan bukan memihak pada syarikat.

    “Baru betul boleh lawan ah long (ceti haram),” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah