30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Tahan Lelaki Didakwa Pukul Bekas Isteri Selepas Tular Video Di Threads

    Shopee Sale

    Selepas tular sebuah video didakwa memukul bekas isteri, seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Tular Video Lelaki Belasah Isteri Lepas Kantoi Curang, Penyondol Respon – ‘Aku Panggil Dia B, B Tu Brother La’

    Didakwa pukul isteri

    Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan parkir awam yang terletak di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.51 petang.

    Susulan laporan diterima, polis turut mengesan satu rakaman video yang tular di platform media sosial Threads yang dipercayai memaparkan insiden berkenaan.

    Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an pada jam 6.20 petang, 22 Jun.

    Sementara itu, Naazron memaklumkan bahawa suspek ialah bekas suami wanita tersebut dan merupakan seorang pemandu e-hailing.

    Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

    Tambah Naazron, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Ami di talian 011-29667474 bagi membantu siasatan.

    MENARIK:  Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

    Terdahulu, tular di Threads sebuah video yang memaparkan seorang lelaki didakwa memukul bekas isterinya. Ketika kejadian, wanita itu berada di dalam kereta dan difahamkan sedang memujuk anaknya untuk dihantar kepada bekas suami.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Polis Tahan Lelaki Didakwa Pukul Bekas Isteri Selepas Tular Video Di Threads first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah