30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerja Bersama BTS! Tujuh Peluang Pekerjaan Dibuka

    Shopee Sale

    Syarikat pengurusan kumpulan popular Korea Selatan, BTS iaitu Big Hit Music, membuka peluang pekerjaan yang menawarkan peluang untuk bekerjasama rapat dengan kumpulan tersebut.

    Artikel Berkaitan: Nak Tengok BTS, Tapi Kena Scam! 41 Peminat Rugi Cecah RM96,000

    Artikel Berkaitan: Tiket VIP Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ RM1,288 Hampir Sold Out, Penangan ARMY Bukan Biasa-Biasa!

    Kerja dengan BTS!

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, sebanyak tujuh jawatan ditawarkan termasuk Pegawai Pemasaran Artis yang bertanggungjawab merangka strategi album dan penjenamaan, Pengurus Projek Produksi, anggota pasukan produksi kandungan persembahan langsung serta perancang kandungan fotografi.

    MENARIK:  VIDEO] Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan? – ‘Dia Nak Tapi Perlu Masa’

    Antara jawatan lain yang dibuka termasuk dalam bidang pameran artis, pengarah gaya (style directing) dan pereka bentuk identiti jenama (BX Design).

    Menurut maklumat yang dikongsikan, semua peluang pekerjaan tersebut ditawarkan secara sepenuh masa di Yongsan, Seoul.

    Selain itu, beberapa jawatan yang ditawarkan memerlukan calon memiliki pengalaman kerja antara lima hingga tujuh tahun.

    Sumber: X @ameviil

    The post Kerja Bersama BTS! Tujuh Peluang Pekerjaan Dibuka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah