29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ada khabar gembira dari PM esok, kata Fahmi

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini.

    Katanya pengumuman itu adalah hasil kerjasama baik dan persefahaman dicapai di antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

    “Kita tunggu daripada perdana menteri esok. Intronya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada perdana menteri.

    “Tetapi ia menunjukkan bahawa apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan perdana menteri esok,” katanya kepada pemberita.

    MENARIK:  Konflik Iran-Israel: PM akui ada kebimbangan laluan perdagangan disekat

    Fahmi berkata demikian selepas merasmikan Mydin Mart Pantai Dalam dan menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di Parlimen Lembah Pantai.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah