29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zulin Aziz Sah Bercerai, Habis Jalani Tempoh Iddah

    Shopee Sale

    Pelakon, Zulin Aziz mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Farhan Norzaini telah berakhir sejak 18 Disember tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Solat Artis & ‘Influencer’ Dipertikai Sebab Kerap ‘Makeup’, Zulin Aziz Bersuara – ‘Kami Berwuduk Dulu’

    Habis iddah

    Memetik Kosmo, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata, dia memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut lebih awal kerana mahu menghormati tempoh iddah yang perlu dijalani.

    Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

    Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh iddah.

    Ditanya mengenai punca perceraian, Zulin bagaimanapun enggan memperincikan sebab perpisahan tersebut kerana menganggap terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

    Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

    Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

    Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua.

    Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan tersebut.

    MENARIK:  Watie Kongsi Tak Alami Alahan Waktu Hamil – ‘Sampai Saya Asyik Fikir Betul Ke Dalam Perut Ada Baby’

    Sumber: Kosmos

    The post Zulin Aziz Sah Bercerai, Habis Jalani Tempoh Iddah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah