32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watie Kongsi Tak Alami Alahan Waktu Hamil – ‘Sampai Saya Asyik Fikir Betul Ke Dalam Perut Ada Baby’

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menyatakan dia tidak mempunyai alahan sepanjang mengandung anak pertama sebelum disahkan keguguran, baru-baru ini.

    Makan semua jenis makanan

    Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi perkara itu di Instagram Story selepas berat badannya turun hasil berpantang lapan hari.

    Mengimbas kembali sewaktu mengandung, Watie berkata dia berselera makan kerana tidak mempunyai sebarang alahan.

    Masa saya rancang nak mengandung sebelum ini saya memang berdiet. Dari berat 68 kilogram (kg) ke 60kg.

    Ngam-ngam berat dah capai 60kg saya dapat tahu mengandung jadi pada ketika itu memang melantak macam-macam sebab saya tiada apa-apa alahan.

    Sampai saya asyik fikir betul ke dalam perut dah ada baby.

    Sebab saya cuma kuat makan je, kuat berjalan pun ya juga.

    Bagaimanapun, Watie berkata lebih baik sekiranya mempunyai alahan kerana akan lebih berhati-hati dalam menjamah makanan.

    Tapi bagi saya lagi best sebenarnya ada alahan ini, sekurang-kurangnya dia bagi kita petanda yang ‘dia’ ada dalam perut kita.

    Dia bagi kita petanda untuk kita duduk rehat dekat rumah diam-diam.

    Sebelum ini, Watie mengesahkan mengalami keguguran pada Hari Ibu, 11 Mei lalu.

    MENARIK:  ‘Sis Dah Lalui Pengalaman Ini Dulu, Tetapi Tak Nak Cerai Hanya Kerana Sedang Tenggelam Dalam Dunia Game’ - Rita Rudaini


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah