Selepas kira-kira dua bulan memadam semua hantaran di Instagram, hantaran terkini pelakon Datin Seri Zizie Izette mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Padam Semua Foto & Video Di Instagram
Artikel Berkaitan: ‘Awak Terlalu Baik, Saya Masih Tak Percaya Awak Dah Tak Ada’ – Zizie Izette
Aktiviti bersama anak-anak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 48, memuat naik video memaparkan anak-anaknya sedang melakukan aktiviti penyediaan biskut.
Projek ini dilakukan hanya untuk suka-suka. Mereka tak bekerja pun hanya belajar dan bermain dengan cara yang penuh bermakna.
Menurut cahaya mata Zizie, projek tersebut dijalankan bertujaan untuk membantu insan-insan yang memerlukan.
Inisiatif itu dilaksanakan adalah sebagai salah satu cara untuk meneruskan usaha murni arwah suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang disifatkan sangat berhati mulia.
Kami bercadang untuk melakukan ‘Cookies Project’ ini bersama keluarga dan sebahagian wang akan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan terutama yang kehilangan ayah seperti kami.
Ayah kami sangat suka membantu orang dan inilah cara untuk meneruskan legasi ini.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan Zizie bersama anak-anaknya.
Dalam masa sama, mereka juga kagum dengan cara Zizie mendidik cahaya matanya untuk mencari rezeki sambil bersedekah.
Terdahulu, Zizie memadam kesemua hantaran tersebut selepas empat hari pemergian suami tercinta.
Pada 5 Disember, Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Zizie dan arwah mendirikan rumah tangga pada 2009 dan pasangan itu dikurniakan tiga anak kandung selain dua anak angkat.
Sumber: IG Zizie Izette
The post Zizie Izette & Anak-Anak Buat ‘Cookies Project’, Sebahagian Keuntungan Disumbangkan – ‘Kepada Mereka Yang Kehilangan Ayah Seperti Kami’ first appeared on OHBULAN!.





