Malam penghargaan Memori Suara Pyanhabib anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan sokongan PPAS serta MOTAC, berlangsung penuh syahdu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: Pyanhabib Meninggal Dunia Seminggu Selepas Sambut Hari Lahir
Artikel Berkaitan: WHAM, FINAS Anjur Intuisi Evolusi Emas Festival Filem Malaysia Ke-33
10 karya allahyarham dibaca

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhamad, dengan kehadiran rakan seniman, penggiat seni, peminat serta pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Selangor.
Menurut Tengku Khalidah selaku Presiden WHAM berkata, legasi Allahyarham Pyanhabib tidak akan pernah tenggelam.
Puisinya terus hidup, falsafahnya terus mengalir, dan roh seninya kekal menjadi inspirasi buat generasi yang datang.’
Antara momen yang menyentuh hati ialah penyerahan sumbangan kepada balu Allahyarham sebagai tanda solidariti dunia seni terhadap keluarga penyair tersebut.
Acara diteruskan dengan tayangan video khas Pujangga Kontra di Kaki Lima, dan seterusnya diikuti segmen deklamasi puisi oleh barisan seniman dari generasi berbeza seperti Adik Heidi Pyan (Ayah, Segenggam Tanah), Datuk Dr. Siti Zainon Ismail (Sebermula), Adik Qasyaf Iman (Guling), Yusof Othman (Ngilu), Shukri Abdullah (Romen Cara Kampung), Sani Sudin (muzikalisasi sajak), Datuk Fauziah Nawi (Melayu vs Melayu), Sabri Yunus (Monolog Seekor Haiwan) dan Imuda (Bapaku Seorang YB).
Rakaman khas wartawan dan penulis sastera, Zainal Rashid mendeklamasikan puisi Hujan turut ditayangkan kepada umum.
Buat pertama kalinya, WHAM membawa segmen istimewa ‘Memori Bersama’, dikendalikan sendiri oleh Presiden WHAM, Tengku Dato’ Khalidah Tengku Bidin, bersama dua insan yang amat dekat dengan jiwa Allahyarham iaitu balu beliau, Puan Erin, dan sahabat seperjuangan sepanjang hayatnya, Nasir Jani.
Segmen tersebut membuka ruang yang jujur dan menyentuh hati, mengungkap sisi peribadi Allahyarham yang jarang diketahui umum iaitu sifatnya yang lembut, jenakanya yang unik, dan cinta mendalamnya terhadap dunia seni.
Sebagai penutup, Ajin Black Rose naik ke pentas mempersembahkan lagu Pujangga Kontra di Kaki Lima.
WHAM juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seni yang hadir, yang menitipkan kenangan dan doa dengan penuh kasih dan hormat.
The post WHAM Anjur Malam Penghargaan Memori Suara Pyanhabib.. Sentuh Hati, Penuh Nostalgia & Jiwa Seni first appeared on OHBULAN!.





