Pelakon Sharnaaz Ahmad menegaskan keputusannya untuk kembali menjadi duta kempen Raya 2026 jenama Bulan Bintang bukan didorong oleh wang ringgit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Tegur ‘Content Creator’ Buat Kandungan ‘Takut Bini’- ‘Ia Boleh Pengaruhi Rumah Tangga, Kesudahannya Bercerai’
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Setia, Meri Perkenal Aplikasi & Belanja RM10 Juta Hadiah Kepada Pelanggan – ‘Untuk Tahun 2025 Tidak Ada Harap Maaf’
Pentingkan persahabatan bukan wang ringgit

Menurut Sharnaaz, faktor kekeluargaan dan persahabatan yang telah lama terjalin bersama pengusaha jenama baju Melayu terkenal itu, Azzim Zahid atau lebih dikenali sebagai Meri, serta aktor Shukri Yahaya, menjadi keutamaan dalam membuat keputusan tersebut.
Saya kembali sebab saya perlukan keluarga saya. Sahabat-sahabat yang ada di atas pentas hari ini adalah keluarga yang saya kenal lama. Ada perasaan rindu untuk kembali bersama Shuk dan juga Meri.
Dedah aktor berusia 40 tahun itu lagi, bayaran yang diterimanya juga lebih rendah berbanding jenama lain yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.
Jangan tanya saya soal duit atau tawaran. Itu bukan Sharnaaz. Saya dapat dekat sini lagi kurang daripada apa yang saya dapat dekat tempat lain.
Tapi hari ini saya ada di sini bukan sebab duit, tapi sebab persahabatan dan di mana saya mahu berada.
Sebelum saya kembali, saya memang akan periksa kualiti dahulu. Alhamdulillah, Bulan Bintang luluskan perkara itu.
Selain Sharnaaz, barisan selebriti yang mewarnai keluarga Bulan Bintang adalah Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Datuk Rosyam Nor, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Zahiril Adzim.
Bulan Bintang juga menampilkan barisan duta istimewa seperti Hannah Delisha, Ain Edruce, Azira Shafinaz, Kasih Iris Leona, Erysha Emyra, Ernie Zakri, Syamel, Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan dan Alif Rakib.
Titikberatkan kualiti

Sementara itu, Meri amat bersyukur jenama yang dibinanya masih berkembang pesat dan kekal bersinar selama lebih sedekad dalam pasaran yang amat kompetitif ini.
Semua ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia di samping penambaikan daripada segi kualiti dan khidmat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat.
Sempena tahun ke 11, Bulan Bintang menampilkan koleksi raya ‘ready-to-wear’ (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu dengan pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan 84 pilihan warna.
Selain itu, Bulan Bintang mengumumkan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL.
The post Sharnaaz Ahmad Rindu Meri & Shukri Yahaya, Bayaran Bukan Penyebab Kembali Jadi Duta first appeared on OHBULAN!.





