Seorang pengguna media sosial memuji isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanfiah dan menyifatkan wanita itu sebagai seorang ibu tiri berhati mulia.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Lebih Kenal Perangai Anak – ‘Talita Bukan Begitu, Saya Yang Hidup Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Ibu, Anak You Dah 4 Tahun’ – Shuib Kenang Detik Cemas Kelahiran, Titip Doa Buat Ayash Affan
Watie ibu tiri yang baik
View this post on Instagram
Menerusi Threads, pengguna yang dikenali sebagai @sh_full dilihat memuat naik beberapa video memaparkan Watie yang begitu mesra melayan anak-anak kepada Shuib.
Wanita itu berpendapat, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah telah hadir dalam hidup anak-anak kepada Shuib di saat mereka kehilangan kasih sayang seorang ibu kandung.
Watie ini membuktikan bahawa gelaran seorang ibu tiri bukanlah seperti sinetron.
Dia hadir di saat anak-anak hilang kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat diberikan @sh_full.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh melihat keikhlasan Watie dalam menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga dalam satu majlis yang diadakan di Putra Heights, Selangor pada 23 Jun 2023.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah namun jodoh mereka tidak berpanjangan selepas Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, tiga hari selepas melahirkan pada 9 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: Threads
The post ‘Watie Hadir Di Saat Anak-Anak Hilang Kasih Sayang Ibu’ first appeared on OHBULAN!.





