28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wani Kayrie Guna Mikrofon Istimewa Pada Malam AJL40 – ‘Dibeli Tahun 2019 Dengan Titik Peluh Sendiri’

    Shopee Sale

    Penyanyi Wani Kayrie giat membuat persiapan bagi memastikan persembahan terbaik dapat disajikan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Wani Kayrie Terharu ‘Cak Cak Cekuk’ Diramal Menang Persembahan Terbaik – ‘Berapa Bas Penari? Nantikan’

    Artikel Berkaitan: Pereka Fesyen Tempatan Puji Personaliti Wani Kayrie – ‘Artis Muda Yang Perlu Disokong, Baik & Tak Berkira’

    Wani Kayrie

    Menerusi perkongsian di Threads, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkongsi bahawa dia bakal menggunakan mikrofon yang dibelinya pada 2019 untuk persembahan di malam AJL40.

    Selain itu, Wani menyifatkan penggunaan mikrofon tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya kerana dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.

    Mikrofon pertama yang saya beli pada tahun 2019, kini dengan wajah dan semangat yang baru hasil usaha keras dan titik peluh sendiri, akan saya gunakan sebagai penampilan pertama saya di pentas AJL 40 Sabtu ini.

    Perkara ini mungkin kecil, namun bagi saya ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna.

    Terima kasih semua insan yang masih percaya dan berdiri teguh dengan bakat saya, bersama saya hingga ke saat ini.

    Sokongan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis tidak ketinggalan menitipkan sokongan serta kata-kata semangat buat pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu menjelang malam penuh berprestij Sabtu ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Pernah Murung Ketika Proses Cerai, Percaya Setiap Ujian Ada Penawar

    Untuk rekod, AJL40 bakal berlangsung secara langsung pada 15 Ogos ini dari Unifi Arena, Bukit Jalil dan akan dipancarkan menerusi TV3 bermula jam 9 malam.

    Sumber: Threads @wanikayrie

    The post Wani Kayrie Guna Mikrofon Istimewa Pada Malam AJL40 – ‘Dibeli Tahun 2019 Dengan Titik Peluh Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah