32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perancis mungkin rugi AS$73 bilion akibat gelombang haba – Menteri

    Shopee Sale

    Kerugian ekonomi Perancis akibat gelombang haba boleh mencecah €10 bilion-€15 bilion (US$11.5 bilion-US$17.2 bilion), kata Menteri Alam Sekitar Perancis Monique Barbut, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    "Kos langsung dan tidak langsung gelombang haba musim panas dianggarkan €10 bilion hingga €15 bilion," kata Barbut dalam mesyuarat tergempar pada Rabu.

    Menteri itu menambah sukar untuk menganggarkan kerugian ekonomi dengan tepat pada masa ini, kerana gelombang haba masih berterusan.

    "Bagaimanapun, ia sudah pasti akan jauh lebih tinggi daripada 2022, kerana gelombang haba lebih lama dan lebih teruk," kata Barbut sambil menambah bahawa kerosakan pada 2022 dianggarkan antara €5 bilion hingga €6 bilion.

    MENARIK:  Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal ketat - Dzulkefly

    Eropah sedang mengalami antara gelombang haba terburuk dalam beberapa tahun, dengan Sepanyol, Portugal, Perancis, Itali dan Greece paling teruk terkesan.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata pada Julai, negara itu berdepan jumlah kebakaran hutan tertinggi pada musim panas sejak berakhirnya Perang Dunia II.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah