Pempengaruh media sosial, Aazief Khalid mempersoalkan pemikiran segelintir wanita mempertikaikan lelaki yang menyayangi serta menghormati ibu sendiri.
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Tampil Bersetuju Dengan DMA Islam – ‘Bawa Keluar Anak Orang Tapi Bukan Provider’
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Terkejut Admin Sosial Media Kongsi Lokasi Sekolah Adik-Adik Kepada Umum – ‘Lebih 4,200 Sudah Tahu, Ini Soal Keselamatan’
Ibu adalah orang paling penting

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aazief menyifatkan ibu sebagai figura penting dalam kehidupan terutama bagi anak lelaki yang masih bujang.
Menurut Aazief, anak lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengutamakan ibunya selagi hayat dikandung badan.
Sebagai lelaki yang belum kahwin, ibu adalah orang yang paling penting di dalam hidup. Itu adalah tanggungjawab.
Pelik bila tengok perempuan zaman sekarang ni pertikai lelaki yang sayang dan hormat ibu dia.
Jelas sekali kamu tidak tahu tempat kamu atau memahami apa ertinya menjadi seorang lelaki.
Imbas kembali, seorang individu dilabel ‘belum putus susu’ selepas meluahkan hasrat untuk memiliki isteri yang boleh memasak dan menyediakan cekodok untuk dibawa ke tempat kerja.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mencetus pelbagai reaksi antara netizen sehingga menjadi perdebatan di media sosial.
Sumber: Threads @aaziefkhalid
The post ‘Pelik Tengok Perempuan Yang Pertikai Lelaki Sayang & Hormat Ibu Sendiri’ – Aazief Khalid first appeared on OHBULAN!.





