28.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Marsha Milan Syukur Suara Semakin Pulih, Hampir Menangis Ketika Sesi Latihan

    Shopee Sale

    Penyanyi Marsha Milan bersyukur apabila keadaannya semakin pulih selepas beberapa minggu berdepan masalah kehilangan suara.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Marsha Milan Dah Dua Minggu Hilang Suara, Satu Pasukan Jatuh Sakit – ‘Persiapan Kami Terbantut’

    Suara semakin pulih

    Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, 40, berkata, meskipun masih terdapat sedikit kesan pada suaranya, keadaan itu tidak lagi terlalu mengganggu seperti sebelum ini.

    Alhamdulillah, suara saya bertambah pulih. Banyak perkembangan positif berbanding daripada yang sebelum ini. Masih ada serpihan yang tidak seronok pada suara, namun tidak mengganggu sangat.

    Saya sudah boleh menyanyi cuma tidak boleh terlalu ‘over strained’. Beberapa hari lepas masih ada suara serak, insya-Allah pada malam kemuncak AJL40 nanti jadi serak basah sedap.

    Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Khamis.

    Ditanya mengenai kegusaran menjelang malam kemuncak yang hanya berbaki beberapa hari, Marsha mengakui perasaan itu tetap ada, namun enggan terlalu memikirkan keadaan tersebut dan akan memberikan yang terbaik.

    Sudah pasti ada, cuma mungkin tahap reda saya sudah tidak kisah, apa nak jadi pun jadilah. Tapi dalam masa sama saya akan buat yang terbaik kerana saya seorang yang kuat semangat.

    Saya masih dalam tempoh pemulihan, cuma saya akan lakukan semampu yang boleh. Malam kemuncak nanti saya akan lakukan sebaiknya, peluang berada di pentas AJL bukan semua orang dapat. Saya tidak mahu sia-siakan.

    Sementara itu, Marsha turut mengakui emosinya sedikit terganggu sehingga hampir menitiskan air mata ketika menjalani sesi latihan AJL40.

    Kami finalis sudah diberikan masa untuk buat persediaan lebih kurang enam bulan. Saya berasa sedikit kecewa kerana apabila yang dirancang ada sedikit terganggu. Tapi saya bersyukur dengan masa yang diberikan, saya boleh menyiapkan beberapa perkara.

    Marsha bakal berentap di pentas AJL40 menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa.

    MENARIK:  ‘Selfie’ Dynas Mokhtar & Awal Ashaari Raih Perhatian, Netizen Nasihat Jaga Batas

    AJL40 bakal bersiaran secara langsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu jam 9 malam dan dipancarkan terus di saluran TV3.

    The post AJL40: Marsha Milan Syukur Suara Semakin Pulih, Hampir Menangis Ketika Sesi Latihan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah