32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hanya dua syarikat penerbangan ada masalah passport lebih 10 tahun’

    Shopee Sale

    Hanya dua syarikat penerbangan dilaporkan berdepan masalah sistem bagi memproses pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

    Beliau berkata isu berkenaan bukan melibatkan penerimaan pasport Malaysia oleh negara luar, sebaliknya berpunca daripada sistem yang digunakan sesetengah syarikat penerbangan.

    “Setakat ini, maklum balas yang kita dapat hanya dua syarikat penerbangan yang ada masalah.

    “Tetapi saya tidak pasti kalau ada yang lain yang kita belum dapat maklumat,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

    Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak menyalahkan syarikat penerbangan kerana sistem berkenaan digunakan secara global, dan terdapat syarikat penerbangan lain yang tidak menghadapi sebarang masalah ketika memproses pasport melebihi tempoh 10 tahun.

    Zakaria berkata Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku 10 tahun diteruskan seperti biasa dan tidak pernah dihentikan, sebaliknya pasport yang hanya mempunyai tambahan tempoh melebihi 10 tahun dihentikan seketika berikutan masalah pada sistem syarikat penerbangan.

    MENARIK:  Empat meninggal dunia lepas hadir konsert dipercayai ambil dadah

    Beliau berkata tambahan tempoh hingga enam bulan sebelum ini diberikan kepada pemohon yang masih mempunyai baki tempoh sah laku pasport lama melebihi enam bulan ketika membuat pembaharuan.

    "Yang kita hentikan ialah tambahan tempoh melebihi 10 tahun itu.

    “Maksudnya di sini, ada pembaharuan pasport untuk 10 tahun kita bagi extra (tambahan) enam bulan.

    "Kita mengambil kira baki pasport mereka yang sebelum dia tukar itu melebihi enam bulan.

    “Jadi supaya tidak merugikan rakyat Malaysia yang ada baki banyak lagi itu, kita bagilah extra enam bulan," katanya.

    Zakaria berkata JIM turut menawarkan penggantian secara percuma kepada pemegang pasport yang sudah dikeluarkan dengan tempoh sah laku 10 tahun enam bulan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah