30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustazah Norhafizah Perjelas Saranan Islam Untuk Kahwin Sekufu & Nafkah Sebagai ‘Pengikat’ Isteri – ‘Boleh Berlaku Konflik Kerana..’

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menerangkan tentang kepentingan dalam memilih pasangan yang sekufu dan kewajipan memberi nafkah kepada isteri.

    Kepentingan sekufu

    Ketika ditemu bual bersama , Ustazah Norhafizah berkata, agama Islam menggalakkan perkahwinan sekufu untuk terhindar daripada berlaku sebarang konflik dalam rumah tangga pada masa akan datang.

    Suami kena bagi nafkah mengikut kadar kemampuan dia. Tetapi sebelum itu lagi dalam Islam sudah menyarankan tentang sekufu sebab ada kaitan dengan nafkah.

    Contoh bab makanan, untuk memenuhi keperluan isteri..dia kena tengok sebelum berkahwin isterinya makan beras gred apa..kebiasaan isteri maksudnya.

    Apabila kemampuan suami kurang dari keperluan isteri, ia boleh berlaku konflik atau masalah kerana isteri tak biasa.

    Memang Islam galakkan dalam perkahwinan kena cari yang sekufu.

    Walau bagaimanapun, jika ada jurang pendapatan antara pasangan, suami perlulah bijak dalam mendidik isteri dan isteri yang reda disifatkan sebagai seorang insan yang tinggi martabatnya.

    Jadi dia kena pandai didik isteri, mungkin kena beri kasih sayang yang lebih lagi.

    Kalau isteri itu kuat, pendidikan agama dia baik dan tahu untuk bersabar dan reda, ia akan melengkapkan kekurangan suami.

    Isteri tersebut sangat mulia kerana mahu hidup dalam kesederhanaan.

    Nafkah adalah wajib

    nafkah anak

    Gambar sekadar hiasan

    Dalam pada itu, pendakwah berusia 48 tahun tersebut menegaskan tentang kewajipan suami untuk memberi nafkah kepada isteri.

    Nafkah melibatkan makan minum, tempat tinggal dan pakaian. Kalau mampu lagi suami kena sediakan pembantu rumah itu yang dijelaskan oleh Imam Nawawi.

    Walaupun isteri gajinya lumayan, tetapi suami tetap kena berikan nafkah mengikut kemampuan dia dan jangan melonggarkan kemampuannya.

    Justeru itu Ustazah Norhafizah menekankan tentang kesan pemberian nafkah yang dilihat boleh menjadi pengikat ketaatan isteri kepada suami.

    Komitmen suami yang berikan, isteri akan merasakan itu adalah istimewa walaupun nilainya lebih kecil daripada pendapatan isteri.

    Jadi, isteri akan ada satu sandaran iaitu dia harus taat kepada suami.

    Bila tak bagi langsung, isteri akan jadi degil..hati akan jadi liar dengan suami sebab di mana lagi dia boleh ‘mengikat’ isteri?

    Ia membentuk ketaatan dan tunduknya seorang isteri kepada suami.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Tak Beri Nafkah Dekat Isteri, Hidup Kau Tak Akan Senang’ – Kak KM

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah