29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Tak Beri Nafkah Dekat Isteri, Hidup Kau Tak Akan Senang’ – Kak KM

    Shopee Sale



    Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM menasihati para suami agar tidak memandang remeh tentang kewajipan pemberian nafkah.

    Nafkah penting, beri ikut kemampuan

    Ketika ditemui , Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli menjelaskan suami memainkan peranan yang sangat penting dengan menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak mengikut kemampuan masing-masing.

    Itu merupakan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh setiap lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga.

    Itu abang-abang dekat luar sana, kau jangan pandang remeh dengan isu nafkah ni. Nafkah bukannya teruk pun, kau perlu sediakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal je, ikut kemampuan.

    Kami wanita ni faham je tahap mana kemampuan kau. Bukannya suruh bagi barang berjenama.

    ‘Kalau tak beri nafkah dekat isteri, hidup kau tak akan senang’

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini berpendapat para suami yang culas memberi nafkah terhadap isteri dan anak-anak tidak akan mengecapi kebahagiaan dalam hidup.

    Tapi kalau benda kecil macam itu pun kau tak boleh buat, macam mana kalau dugaan besar pula datang.

    Kau kena tahu satu hal, kalau tak beri nafkah dekat isteri, hidup kau tak akan senang. Hidup kau tak akan bahagia. Duit ada tu berkongsi lah, jangan sentiasa cakap tak ada duit.

    Apabila ditanya mengenai pasangan yang mengamalkan konsep membahagikan pembayaran komitmen bulanan bersama, Kak KM berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan perkara itu. Tetapi pasangan tersebut perlu jujur dan tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain.

    Hidup berumah tangga ni memang kita kena berkongsi tapi jangan lah ambil kesempatan dan serahkan semuanya kepada isteri. Kalau betul nak berkongsi, biar sama rata dan adil.

    MENARIK:  Siti Jamumall Nafi Tagih Perhatian, Tak Pernah Buat Main Isu Anak Tertukar – ‘Mak Kot Takkan Sanggup Buat Macam Tu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah