34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Lah Peringat Malam Israk Mikraj, Penuhi Dengan Selawat & Ayat Al-Quran – ‘Jom Jadi Orang Yang Terpilih’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas dan pempengaruh Ustaz Lah memberi peringatan awal kepada umat Islam agar bersedia untuk meluangkan masa dengan beribadah pada malam Israk Mikraj.

    Artikel Berkaitan: Hadiah Allah Atas Kesedihan Rasullah, Ini Sebab Mengapa Hari Israk & Mikraj Sangat Istimewa

    MENARIK:  ‘Biar Muka Macam Kena Demam Panas, Tapi Tahu Hormat Orang’ – Kelly Azman Nasihat ‘Content Creator’ Jaga Adab

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Azam, Utamakan Niat Memperbaiki Diri & Tingkatkan Ibadah Menjelang Tahun Baharu

    Malam Israk Mikraj

    " data-video-id="7594826999630171399" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ustazlahofficial_

    Jumaat malam Sabtu ini adalah malam Israk Mikraj! Share video ni supaya ramai tak leka pada malam tersebut. Israk Mikraj bukan sekadar itu bukti cinta agung Allah dengan hadiah solat. Sayang kalau kita biarkan malam ni berlalu tanpa sebaris doa atau ibadah. Ingat ya! UstazLah 🌹 #UstazLahOfficial #israkmikraj #malamisrakmikraj #islamik #fyp

    ♬ original sound – UstazLahOfficial – UstazLahOfficial

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Lah atau nama sebenarnya Abdullah Abdol Razak memberi pencerahan mengenai Israk Mikraj yang disifatkan sebagai malam luar biasa.

    Tambah Ustaz Lah, peristiwa Israk Mikraj hanya dihadiahkan buat baginda Rasulullah SAW yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian.

    Tolong pastikan kita simpan Jumaat ini kerana ianya merupakan satu malam yang sangat luar biasa.

    Tolong jangan abaikan. Saya bagitahu awal-awal supaya kita semua bersedia.

    Malam itu merupakan malam yang sangat besar di sisi baginda Rasulullah SAW iaitu malam Israk Mikraj.

    Baginda diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Pada tahun tersebut, baginda diuji dengan ujian sangat besar sehingga menyifatkan tahun ini merupakan tahun kesedihan.

    Tetapi rupa-rupanya, Allah sedang menyiapkan satu hadiah yang luar biasa buat baginda Rasulullah.

    Dan hadiah itu tidak pernah diberikan pada mana-mana manusia sekalipun.

    Dalam pada itu, Ustaz Lah mengingatkan umat Islam agar tidak ketinggalan malam Israk Mikraj yang dipenuhi dengan kebaikan dan hikmah.

    Jadi semua, jangan kita tinggalkan malam tersebut. Penuhi dengan selawat dan bacaan ayat suci Al-quran.

    Jom jadi orang yang terpilih, orang yang beriman untuk membesarkan pada malam tersebut.

    Sumber: TikTok @UstazLahOfficial

    The post [VIDEO] Ustaz Lah Peringat Malam Israk Mikraj, Penuhi Dengan Selawat & Ayat Al-Quran – ‘Jom Jadi Orang Yang Terpilih’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah