28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zubir Khan Terima Nasihat Netizen, Mohon Beri Masa Bakal Isteri Dalami Agama Islam – ‘Dia Ibarat Bayi’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Zubir Khan menerima segala teguran yang diberikan susulan perkongsian video dan foto pra perkahwinan bersama bakal isterinya, Heama Maleini.

    Artikel Berkaitan: Kongsi Video Pra-Perkahwinan, Zubir Khan Hitung Hari Bergelar Suami

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Luah Rasa Syukur Berpeluang Kucup Multazam – ‘Aku Datang Dengan Penuh Harapan, Doa & Mengadu Kasih PadaMu’

    Artikel Berkaitan: Zubir Khan Kongsi Foto Bersama Pilihan Hati, Kapsyen ‘Alhamdulillah One Step Closer’ Curi Perhatian

    Terima teguran

    " data-video-id="7664525276335836423" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @zubirkhan_

    Terima kasih atas teguran korang 🤍 #ZuHeaForever #zubirkhan #foryoupage #fyp #zh

    ♬ Kanmai – Zubir Khan

    Menerusi perkongsian di TikTok, Zubir atau nama penuhnya Muhammad Ali akui kesilapan susulan video dan foto pra perkahwinan yang dikongsikan tidak menjaga batas.

    Selain itu, Zubir memaklumkan bahawa bakal isterinya telah memeluk agama Islam pada Mei sebagai sebahagian daripada persiapan menuju alam perkahwinan.

    Ada yang tegur dan nasihat, saya terima.

    Sebagai umat islam, kita kena nasihat sesama kita.

    Cuma saya nak betulkan, saya tidak masuk agama hindu. Saya memang lahir beragama islam.

    Bakal isteri saya juga dah masuk islam bulan mei haritu. Tapi nama tak tukar, kita kekalkan. Sebab banyak proses yang perlu dilalui.

    Dalam pada itu, Zubir turut berharap agar netizen memberi ruang dan masa kepada bakal isterinya untuk perlahan-lahan mendalami agama Islam.

    Menurut Zubir, menjadi tanggungjawabnya apabila bergelar seorang suami untuk membimbing serta mendidik isterinya ke arah yang lebih baik.

    Ada juga yang mempersoalkan bakal isteri saya tidak menutup aurat. Dia hidup 27 tahun sebagai seorang yang beragama hindu.

    Baru tahun ini dia peluk islam. Dia ibarat bayi. Masih belajar untuk dalami agama kita.

    Sebagai bakal suami, saya akan didik dia, jangan risau. Semua orang perlukan masa.

    Imbas kembali, Zubir menjadi perhatian warganet susulan perkongsian video pra perkahwinannya yang memaparkan beberapa aksi tidak menjaga batas bersama bakal isteri.

    Difahamkan, pelantun lagu Yennode Macha itu bakal bergelar suami pada hujung bulan ini.

    Sumber: TikTok @Zubir Khan

    The post [VIDEO] Zubir Khan Terima Nasihat Netizen, Mohon Beri Masa Bakal Isteri Dalami Agama Islam – ‘Dia Ibarat Bayi’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah