29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Presiden MIPP sifatkan Loke alami ‘amnesia politik’

    Shopee Sale

    PRN NEGERI SEMBILAN | Presiden Parti India Muslim Malaysia (MIPP), P Punithan membidas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang didakwanya mengalami amnesia (penyakit lupa) politik berhubung isu pengagihan kerusi dalam kalangan parti komponen gabungan.

    Teguran itu hadir susulan pertikaian yang ditimbulkan pemimpin DAP berhubung tindakan PN memperuntukkan kerusi kepada parti komponennya, termasuk MIPP, atas prinsip persefahaman gabungan.

    Punithan mengingatkan Loke agar mengimbas kembali pendekatan yang diguna pakai PH semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 2023.

    "MCA ketika itu tidak dibenarkan bertanding di beberapa kerusi atas semangat persefahaman gabungan antara PH dan BN.

    "DAP ketika itu mempertahankan kerusi-kerusinya tanpa mempertikaikan formula pembahagian kerusi yang telah dipersetujui.

    "Masa itu, Loke diam. Masa itu, tiada pula beliau bercakap soal hak MCA. Masa itu, semuanya dikatakan demi semangat gabungan," katanya kepada Malaysiakini.

    Loke sebelum ini mempersoalkan langkah PN menyerahkan beberapa kerusi kepada parti komponen kecil seperti MIPP.

    Loke yang juga menteri pengangkutan itu mendakwa agihan kerusi berkenaan tidak mencerminkan kekuatan sebenar parti di peringkat akar umbi dan menyifatkannya sebagai langkah kompromi politik PN semata-mata untuk mengurangkan pergolakan dalaman.

    MENARIK:  Pesawat Malaysia Airlines ke Bangkok patah balik akibat 'isu tekanan'

    Loke turut mempersoalkan alasan pertukaran kerusi tersebut memandangkan sesetengah parti komponen PN dilihat belum membuktikan rekod perkhidmatan yang kukuh kepada pengundi di kawasan berkenaan.

    Menjawab kritikan itu, Punithan menasihati Loke agar cermin diri dan mengimbas kembali sejarah pengurusan kerusi oleh PH.

    Punithan menyifatkan Loke sebagai mengalami amnesia politik kerana meletakkan dua ukuran berbeza mengikut kepentingan politik kepimpinan DAP semata-mata.

    "Hak untuk menentukan parti mana yang bakal bertanding di bawah panji gabungan adalah hak mutlak kepimpinan gabungan berkenaan, bukannya parti lawan.

    "DAP sama sekali tidak mempunyai hak untuk campur tangan atau menentukan calon dan parti yang patut bertanding bagi pihak PN," katanya.

    Di PRN Negeri Sembilan, MIPP bertanding di kerusi DUN Lukut yang mempunyai 28,219 pengundi.

    Parti itu bertanding di bawah tiket PN, mempertaruhkan setiausaha agung Sathes Kumar Nilameham dicabar penyandang dari DAP-PH Choo Ken Hwa dan Teo Seng Lee (Bebas).

    Pada PRN 2023, Choo memenangi kerusi itu dengan majoriti 10,135.

    BN yang menjalinkan kerjasama politik dengan PN tidak meletakkan calonnya di DUN tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah