Amalan susuk sering dikaitkan dengan kecantikan, seri wajah dan kekebalan diri. Walaupun dikatakan mampu memberikan pelbagai kelebihan kepada pemakainya, namun perbuatan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Artis Pakai Susuk Mahal, Kena Renew Setiap Bulan’ – Perawat Susuk
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Pakai Susuk Demi Jodoh, Kecewa Selepas Dua Kali Putus Tunang
Susuk keturunan
Menerusi perkongsian di podcast Sembang Seram, seorang perawat tradisional yang dikenali sebagai Ustaz Faridzuan Jamaludin mendedahkan kanak-kanak berusia dua tahun merupakan antara individu yang paling muda memakai susuk.
Menurut Faridzuan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan didakwa memakaikannya dengan susuk tersebut kerana ia merupakan adat resam daripada keturunan keluarga mereka.
Yang paling muda pakai susuk umur dua tahun.
Mak ayah dia yang masukkan untuk pendinding diri.
Itu adat keturunan mereka yang memang semua pakai.
Selain itu, terdapat juga wanita yang dianiayai apabila suami dan keluarga mentua tergamak memasukkan susuk ke dalam tubuh badan tanpa pengetahuannya.
Ada kes seorang wanita berkahwin dengan suaminya yang pakai susuk. Mak dan ayahnya pun pakai.
Mereka suruh dia pakai tetapi dia seorang yang keras kepala. Jadi mereka beri alasan nak mengurut kemudian mereka masukkan (susuk).
Susuk dia duduk dekat tengkuk dan hampir kena urat.
Kalau mereka yang masukkan, jadi mengikut adat memang kena pakai untuk pendinding diri, kekuatan, nak bagi orang lain tunduk dengar cakap dan sebagainya.
Sumber: Sembang Seram
The post [VIDEO] ‘Paling Muda Pakai Susuk Umur Dua Tahun’ – Perawat Susuk first appeared on OHBULAN!.



#faridzuanjamaludin #sembangseram #horrorstory #ceritaseram #podcast 

