Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga anak sulungnya, Ammar Effendy bersama menantunya, Auni Yasmin.
Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Terima Menantu, Anak Sulung Kini Bergelar Suami
Artikel Berkaitan: ‘Masa Abang Bukan Lagi Milik Aaisyah Seorang’ – Rozita Che Wan
‘Saya mak mentua dari syurga’

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta sebaliknya mahu memberi ruang kepada mereka menguruskan kehidupan berumah tangga sendiri.
Saya mak mentua dari syurga. Saya jenis yang okay sahaja. Sepanjang mereka kahwin, baru hujung minggu ini mereka balik rumah saya. Tapi saya pula tak ada di rumah, Ammar pun sibuk dengan kejohanan golf.
Tambah pelakon drama Kiah Pekasam ini lagi, dia ingin menjadi seorang ibu mentua yang santai sama seperti sikap dan layanan daripada bekas ibu mentuanya dahulu.
Saya mak mentua yang chill sebab bekas mak mentua saya dulu sangat chill. Dia ada pembantu rumah, kita nak basuh pinggan pun dia kata tak apa, biar pembantu yang buat,.
Justeru Rozita berkata, dia juga tidak pernah menetapkan sebarang peraturan atau syarat kepada Auni sekiranya menantunya itu berkunjung ke rumahnya.
Kalau cuti, nak bangun lambat, bangunlah. Tak ada apa pun nak buat di rumah saya.
Saya cuma buat apa yang saya rasa seronok dulu. Kalau suami tak ada, nak masak ke tak nak masak, nak tidur sampai lambat pun tak ada masalah.
Nasihat anak lelaki tentang rumah tangga

Pada masa sama, pelakon berusia 53 tahun ini berkata dia lebih banyak menasihati Ammar kerana percaya suami memainkan peranan penting dalam rumah tangga.
Saya perempuan, jadi saya tahu apa yang kita nak dalam rumah tangga.
Saya nasihat Ammar, kalau perangai macam ‘makhluk hampas’, macam mana nak dapat isteri syurga? You kena bagi syurga, baru you dapat syurga.
Alhamdulillah Auni budak baik. Yang saya tahu mereka pun solat Subuh berjemaah.
Bercerita mengenai perasaannya selepas Ammar mendirikan rumah tangga, Rozita mengakui kesedihan hanya mula dirasai selepas majlis selesai apabila anaknya itu tidak lagi tinggal bersamanya seperti dahulu.
Masa bagi ucapan saya tak sebak lagi. Tapi bila mereka dah kahwin, tiap-tiap malam rasa macam nak menangis sebab tengok bilik Ammar kosong.
Selama 30 tahun dia duduk dengan saya.
Terdahulu, Ammar Effendy mendirikan rumah tangga dengan Auni Yasmin pada 26 Jun lalu.
Ammar kini bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan, sementara Auni bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta.
The post Rozita Che Wan Tak Mahu Campuri Urusan Rumah Tangga Anak, Jadi Ibu Mentua ‘Chill’ – ‘Kalau Cuti, Bangun Lambat Pun Tak Apa’ first appeared on OHBULAN!.





