28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Dipenjara 105 Tahun 70 Sebatan, Akui Insaf R*gol Anak Kandung Berulang Kali

    Shopee Sale

    Suspek yang berasal Lahad Datu dijatuhkan hukuman penjara 105 tahun serta 70 kali sebatan susulan merogol anak kandung sendiri sejak Disember 2025 hingga Mac tahun ini.

    Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah

    Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

    Rogol anak sulung

    Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 53 tahun yang juga seorang guru tuisyen itu mengaku bersalah pada prosiding yang berlangsung hari ini.

    Difahamkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan semua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan atas pertuduhan merogol anak perempuannya di beberapa hotel.

    Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali sebelum mengaku bersalah di mahkamah.

    MENARIK:  Mahu Dikenali Seperti Kumpulan Search & Wings, The Voltage Pertaruh Lagu ‘Aku Lelaki’

    Dilaporkan, tertuduh mengakui berasa malu dan menyatakan kekesalan atas perbuatannya, selain menerima apa jua hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

    Saya benar-benar bertaubat dan sangat menyesal.

    Mudah-mudahan saya menjadi orang terakhir yang melakukan perkara seperti ini selain berharap diberi peluang sekiranya dibebaskan kelak untuk bertemu anak-anak serta keluarga bagi memohon maaf kepada mereka.

    Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Lahad Datu menjatuhkan hukuman penjara 165 tahun terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah merogol dua anak perempuannya menerusi 11 pertuduhan.

    Sumber: Berita Harian

    The post Bapa Dipenjara 105 Tahun 70 Sebatan, Akui Insaf R*gol Anak Kandung Berulang Kali first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah