29.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ezzanie Jasny Ulas Hantaran Di Threads, Nafi Sindir Individu Tertentu – ‘Tak Tuju Sesiapa, Sekadar Social Experiment’

    Shopee Sale

    Pelakon Ezzanie Jasny tampil memberi penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naik di Threads baru-baru ini selepas ia mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

    Ezzanie tak tuju kepada sesiapa

    Ketika ditemui , Ezzanie atau nama penuhnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, menjelaskan bahawa hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

    Menurut Ezzanie, dia sekadar berkongsi pandangan umum selain ingin melihat reaksi serta maklum balas pengguna Threads terhadap isu yang dibangkitkan.

    Perkongsian itu sekadar mewakili suara netizen sebab saya tahu pengguna Threads suka membalas komen. Jadi saya saja post untuk tengok maklum balas mereka.

    Ia sekadar social experiment.

    Ezzanie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Bizmilla Grand Hall Putrajaya pada Selasa.

    MENARIK:  Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh

    Dalam masa sama, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang mengaitkan hantaran tersebut dengan individu tertentu kerana dia tidak berniat menyindir sesiapa.

    Saya tak tujukan kepada sesiapa. Jadi saya tak risau kalau orang salah faham, sebab saya memang tiada niat nak bagi sesiapa terasa.

    Ditanya sama ada aplikasi Threads ‘toksik’ Ezzanie menafikan perkara tersebut dan mengakui dia lebih selesa memberi tumpuan kepada perkara-perkara positif.

    Sebelum ini, Ezzanie berkongsi luahan mengenai isu kepercayaan apabila mengakui semakin sukar mempercayai kata-kata orang lain kerana pengalaman berdepan individu yang ‘cakap tak serupa bikin’.

    The post Ezzanie Jasny Ulas Hantaran Di Threads, Nafi Sindir Individu Tertentu – ‘Tak Tuju Sesiapa, Sekadar Social Experiment’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah