Pelakon Betty Banafe kesal apabila konflik bersama bekas suami, Bruce Dargus berkenaan isu anak-anak mereka masih lagi tidak berkesudahan.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kongsi Gambar Bersama Keluarga Bekas Suami – ‘Abah & Mak Tetap Jadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila
Artikel Berkaitan: Banglo Mewah Rebecca Nur Al Islam & Bekas Suami Berjaya Dilelong – ‘Dua Tahun Mereka Tak Bayar Rumah’
Menerusi perkongsian di TikTok, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe memuat naik video yang memaparkan kekecohan apabila bekas suami, keluarganya dan peguam datang ke rumah untuk mengambil anak-anak.
Inilah dia bila bekas suami meroyan. Jadikan anak sebagai umpan buat laporan palsu JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atas pertuduhan dera anak-anak dan pembantu.
Saya dah cukup sabar, tahun kelapan naik turun mahkamah setiap bulan, dengan melayan karenah 17 kes fail saman yang di buka termasuk lima komital entah apa-apa benda yang dikomitalkan tak ada kena mengena dengan perintah penjagaan sementara, hanya nak buat aku sibuk menjawab affidavit dan menjadi sangat alert dengan semangat jihad demi masa depan anak yang lebih selamat dan baik.
Betty juga kecewa dengan sikap mereka yang didakwa menonjolkan pengaruh negatif kepada anak-anaknya.
Tak kesian ke tengok anak-anak nak hadap conversation negatif penuh toksik setiap kali berjumpa keluarga bekas suami setiap alternate minggu?
Kenapa tak fokuskan sahaja kewangan, rancangan masa depan yang baik untuk anak-anak? Daripada buang duit berperang di mahkamah hanya nak rebut kuasa penuh hak jagaan, tetapi kau tak boleh jaga anak, sebab bekas suami di Amerika.
Betty hadapi tekanan

Menurut Betty, dia sudah lama menanggung derita dan terlalu penat menghadap tindakan bekas suaminya selain perlu menyelesaikan pelbagai kes di mahkamah.
Satu van penuh wakil dengan pakar psikologi untuk anak-anak dan orang tua, buat soal selidik atas perkara penderaan? Akhirnya, akui perwatakan mereka semua sangat positif dan tiada unsur-unsur penderaan.
Apa lagi usaha nak memburukkan reputasi saya, wahai bekas suami dan keluarganya? Cukup-cukup lah. Letih la.
Waktu cerai dulu, langsung saya tak minta nafkah mutaah, tak minta nafkah idah mahupun nafkah harta sepencarian. Saya hanya nak berdamai, cerai, mencari ketenangan jiwa dan memperbaiki diri. Salah ke lagi?
Dalam masa yang sama, Betty juga memohon agar peguam yang mewakili bekas suami tidak memberikan tekanan terhadap dirinya dengan dakwaan yang tidak benar.
Wahai puan peguam, jadilah peguam yang boleh menasihati anak guam kerana Allah. Kalau saya salah awak tegur dengan baik. Bukan awak ambil peluang menekan kewangan saya dengan hantar saman yang langsung tidak mengikuti SOP sepatutnya.
Procedures yang asal boleh..tak pasal-pasal saya kena buat semakan la, lanjutan tempoh submission la, stike off la..
Buang masa mahkamah. Satu kes makan dua ke-10 tahun pun tak mustahil. Anak saya dari umur lima tahun dia melihat kami bercerai. Sekarang dah anak dara 13 tahun. Tak habis lagi perang.
Untuk info, Betty dan Dargus mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10.
Sumber: TikTok Betty Benafee
The post [VIDEO] Bekas Suami & Keluarga Luar Rumah, Betty Banafe Penat Hadap Kes Mahkamah – ‘Jadikan Anak Umpan ..’ first appeared on OHBULAN!.





