34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Anak Sudah Berani Berdiri – ‘Dulu Dia Selalu Takut’

    Shopee Sale



    Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sebak selepas melihat anaknya, Hawra Uqaira sudah mula menunjukkan perkembangan apabila berani berdiri untuk berjalan.

    Uqaira berdiri

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memuat naik video memaparkan Uqaira memula langkah untuk berdiri tanpa bantuan orang lain.

    Menurut isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, Uqaira sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda bersedia untuk berjalan.

    Dulu dia selalu takut nak berdiri.

    Malam ni (semalam), tiba-tiba dia teruja nak tunjuk dia berani nak berdiri.

    Sebak. Gigi dah penuh, berjalan je dia takut-takut lagi.

    Tidak mengapa, perlahan-lahan okay.

    Uqasha yang terharu melihat proses anaknya membesar mengakui perkara itu membuatkannya gembira bersama suaminya.

    MENARIK:  Konsert Dolla Batal, Penganjur Akui Kekangan Masa & Wang Tiket Dipulangkan

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan melihat anak pasangan itu membesar dengan baik.

    Peminat turut tumpang gembira melihat Uqaira yang sudah mula berani mahu berjalan.

    Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Uqaira.

    Sebelum ini, pelakon drama Umar itu mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah