31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’

    Shopee Sale

    Pelawak Jep Sepahtu akhirnya mengundurkan diri secara rasmi dari sebuah stesen radio selepas sedekad bergelar penyampai.

    Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Syukur Dapat Hadiah Bermakna Sambut Hari Lahir, Kongsi Hashtag #AnakSyurga

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak

    Artikel Berkaitan: ‘Tetaplah Menjadi Yang Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain’ – Jep Sepahtu

    Hari terakhir

    " data-video-id="7600253742650264839" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jerry_jeriko

    Replying to @MaBelle Ini dia video ucapan Abg Jep terakhir di Sinar Fm yang sempat di rakam di live @Jeptapan #sinar #pagidisinar #jepsepahtu #sinarfm #muzikretroterbaik

    ♬ original sound – jerry jeriko – jerry jeriko

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, itu menzahirkan penghargaannya kepada pendengar dan juga untuk semua rakan sekerja yang pernah berkolaborasi dengannya.

    Paling tersentuh adalah apabila Jep dilihat turut menyebut nama Shuib Sepahtu.

    10 tahun adalah tempoh yang sangat panjang dan saya rasa sangat bersyukur di atas sokongan padu daripada pendengar.

    Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segment Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. Selepas itu, segment Pagi Di Sinar iaitu saya, Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray.

    Kepada partners yang pernah berurusan dengan saya, terima kasih banyak-banyak semoga terus berjaya.

    Dalam masa sama, Jep turut memohon maaf kepada semua rakan sekerjanya andai tersalah bicara atau terguris hati sepanjang mereka menjalinkan kerjasama.

    Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkasar bahasa.

    Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu.

    Gurauan boleh dikatakan ada dalam kontrak, bukanlah ada hitam putih tetapi itu adalah syarat untuk bekerja sebab nak dapatkan chemistry tu mesti kena ada gurauan.

    Jadi, kalau ada gurauan yang terkeluar dari kontrak yang dipersetujui itu, saya minta maaf. Mudah-mudahan ukhuwah kita berterusan.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak apabila mendengar Jep menyebut nama Shuib di dalam ucapan tersebut.

    Selain itu, mereka juga memuji Jep kerana tidak pernah melupakan jasa baik Shuib sepanjang bergelar penyampai radio.

    Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Jep memaklumkan tentang berita pengundurannya. Jep menegaskan bahawa dia tidak diberhentikan malah dirinya sendiri mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah