30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mydin Dahulukan Bantuan – ‘Duit Kira Nanti, Yang Tak Bayar Kita Halalkan Sebab Mereka Buat Kerja Baik’

    Shopee Sale



    Kemulian hati Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin dalam membantu memudahkan misi bantuan mangsa banjir oleh personaliti media sosial Khairul Aming baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai.

    Percaya Khairul Aming

    " data-video-id="7444744742925126930" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @molekfm

    Masyallah mulianya hati Datuk Wira @Ameer Ali Mydin ni kan ? Semoga Tuhan sahaja dapat membalas kebaikanya dan untuk mangsa banjir semoga dipermudahkan segalanya #MolekFM #MolekPagi #djnazzqila #PantaiTimur #infobanjir #banjirpantaitimur #molekfmsoghobantuanpantaitimur #suarabantuan

    ? original sound – Molek FM – Molek FM

    Menerusi temu bual bersama Molek FM, Ameer menceritakan kembali rundingan bersama Khairul Aming tentang bantuan untuk mangsa banjir.

    Menurut usahawan terkenal itu, beliau berbuat demikian kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap pempengaruh tersebut.

    Ketika itu saya sedang scroll telefon, kemudian nampak Khairul Aming tengah bersiaran langsung di Kelantan dan saya juga nak tahu keadaan banjir di sana.

    Kemudian saya dengar dia nak beli barang pun susah. Saya kata padanya, kalau nak ambil barang tak apalah pergilah ke mana-mana cawangan Mydin. Lepas banjir kita duduk kemudian kiralah, maknanya beri hutang.

    Saya percaya pada Khairul Aming dan untuk menyenangkannya ketika musim darurat seperti ini.

    Niat untuk membantu

    Dalam pada itu, Ameer berkata, selain Khairul Aming terdapat pihak-pihak lain yang turut melakukan kaedah yang sama.

    MENARIK:  Filem Pungut Papar Kehidupan Pemungut Sampah, Areel Abu Bakar Angkat Cerita Rakyat ‘Terpencil’

    Malah beliau akan menghalalkannya meskipun tiada pembayaran dilakukan dengan niat untuk membantu golongan yang memerlukan.

    Malah banyak NGO (Non Governmental Organization) dan GLC (Government Link Company) pun ambil barang dahulu dengan hanya menelefon sahaja. Barang itu kena sampai, duit kira nanti.

    InsyaAllah semua bayar, yang tak bayar tu nanti kita halalkan sahajalah sebab mereka buat kerja baik. Tak apa, mereka nak tolong orang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah