Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila berkongsi momen istimewa membuat kejutan bagi meraikan hari lahir suaminya yang dirancang bersama anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Bila Saya & Suami Sudah Tiada, Ammar Mampu Uruskan Jenazah Kami’ – Shahida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Tinggal, Shahida Wajibkan Anak Ikut Ziarah Raya – ‘Nak Biasakan Mereka Bergaul’
Dirancang dengan baik
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shahida mendedahkan bahawa kejutan tersebut telah dirancang lebih awal bersama anak-anaknya, tanpa pengetahuan suaminya.
Dah seminggu sebenarnya saya rancang bersama Qadejah dan Ammar untuk buat surprise untuk Aliff Syukri.
Kita tak nak dia tahu, jadi semuanya kena dirancang dengan betul.
Saya pun dah siap tempah dekorasi, makanan, serta kek untuk dia dan Luqman.
Tarikh hari lahir mereka sama.
Jerit rumah terbakar

Lebih menarik lagi, bagi memastikan kejutan berjalan lancar, anak perempuannya, Qadejah bersama pembantu rumah turut memainkan peranan dengan menjerit seolah-olah rumah mereka terbakar untuk memanggil Aliff turun.
Tugas Qadejah dengan bibik ialah panggil Aliff Syukri sambil jerit-jerit cakap rumah dah terbakar.
Memang kelam-kabutlah dia turun nak tengok.
Dia pula jenis kalau apa-apa mesti rekod dulu dengan telefon, yelah, kaki viral.
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Dalam pada itu, Shahida turut menzahirkan ucapan penuh penghargaan kepada suami tercinta atas segala pengorbanan dan usaha keras dalam mencari rezeki demi kebahagiaan keluarga.
Selamat hari jadi suamiku dan Luqman.
Terima kasih untuk segala kerja keras dan penat lelah mencari rezeki untuk membahagiakan saya dan anak-anak.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Tugas Qadejah Dengan Bibik Kena Jerit Cakap Rumah Terbakar’ – Shahida Rancang ‘Prank’ Hari Lahir Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.



. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Selamat Hari Jadi Papalaris dan Luqman. Terima kasih untuk segala kerja keras dan penat lelah mencari rezeki untuk membahagiakan mama dan anak anak.

