29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Buya’ Didakwa Tawar Pelajar Buat Rawatan Bekam, Rupanya Nak Cabul?

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin sekolah agama (pesantren) di Kabupaten Bogor, Jawa Barat, ditahan polis selepas didakwa mencabul beberapa pelajar dengan menggunakan modus menawarkan rawatan bekam.

    Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’

    Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir

    Ramai pelajar jadi mangsa

    Menurut polis, salah satu kejadian berlaku pada November 2024 ketika mangsa mengikuti pengajian kitab kuning bersama suspek yang dikenali sebagai N atau Buya.

    Selepas tamat sesi pembelajaran, mangsa mengalami kebas pada kaki sebelum suspek meminta mangsa tidak pulang ke asrama dengan alasan mahu memeriksa keadaannya.

    Suspek kemudian menawarkan rawatan bekam kononnya bagi merawat bahagian badan mangsa yang masih sakit akibat pernah terjatuh. Ketika itu, mangsa didakwa dicabul.

    MENARIK:  ‘I Think Hazwani Helmi Is My Type’ – Keanu Azman

    Mangsa bagaimanapun tidak menceritakan kejadian yang berlaku kerana takut memandangkan suspek merupakan individu yang sangat dihormati di pondok berkenaan.

    Susulan siasatan, polis telah menetapkan N sebagai suspek dan kini ditahan di Balai Polis Bojonggede.

    Dalam perkembangan sama, anak suspek yang dikenali sebagai S turut dikaitkan dalam kes tersebut, namun masih berstatus saksi sementara siasatan diteruskan.

    Setakat ini, tiga mangsa telah membuat laporan polis pada 9 Jun lalu. Siasatan mendapati N dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2019, manakala S pula didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di pondok berkenaan sejak 2024.

    Kes terbongkar selepas beberapa mangsa saling berkongsi pengalaman apabila menyedari mereka dipercayai menjadi mangsa individu yang sama. 

    Sumber: News Detik

    The post ‘Buya’ Didakwa Tawar Pelajar Buat Rawatan Bekam, Rupanya Nak Cabul? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah