Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid berkongsi rutin raya yang diamalkan setiap tahun bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Disleksia & ADHD – ‘Saya Down Dia Tak Boleh Membaca’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Dedah Kisah Awal Perkenalan, Aliff Syukri Letak Bajet Makan RM5 – ‘Saya Sabar Sebab Dia Handsome’
Rutin raya
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shahida sekeluarga dilihat mengunjungi rumah keluarga sebelah Aliff Syukri yang terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam.
Tegas Shahida, anak-anak akan turut serta beraya rumah saudara-mara demi mengeratkan hubungan antara keluarga.
Inilah rutin ataupun tradisi kami setiap tahun.
Anak-anak wajib ikut, tiada tinggal-tinggal. Saya nak biasakan mereka bergaul dengan semua orang.
Seronok sebab nak jumpa mereka semua ini jarang sebenarnya. Masa raya la yang sesuai sangat berkumpul bersama.
Setiap kali raya kita akan berkunjung ke Sungai Besar, Sabak Bernam.
Berkongsi lebih lanjut, Shahida memaklumkan bahawa mereka sekeluarga akan menginap di inap desa atau homestay berhampiran bagi memudahkan perjalanan dari rumah ke rumah.
Kami satu keluarga akan sewa homestay dan datang beraya semua keluarga terdekat belah Aliff Syukri.
Kita pergi pasar juga, beli ikan. Sebab kita duduk dekat homestay, boleh masak malam-malam.
Kalau datang sini, memang menetap dua ke tiga hari.
Sumber: TikTok @Nur Shahida Mohd Rashid
The post [VIDEO] Tak Pernah Tinggal, Shahida Wajibkan Anak Ikut Ziarah Raya – ‘Nak Biasakan Mereka Bergaul’ first appeared on OHBULAN!.





