28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Alyph Cipta Lagu Bukan Sekadar Viral, Memang Mahu Berkarya – ‘Tidak Pernah Ada Mentaliti Itu Di Dalam Studio’

    Shopee Sale



    Penyanyi rap kelahiran Singapura, Alyph memilih untuk tidak mencipta lagu semata-mata hanya kerana viral sebaliknya mahu berkarya dengan seikhlas hati.

    ‘Sangat disrespectful

    Ketika ditemui , pemilik nama Alif Abdullah berkata sejak awal karier dia sudah meletakkan mentaliti itu apabila mencipta sesebuah lagu.

    Itu adalah mentaliti saya daripada mula (kerjaya). Secara jujurnya lagu Swipe saya tidak buat untuk lagu fenomena. Saya tidak pernah ada mentaliti dan pemikiran itu di dalam studio (ketika mencipta lagu).

    Saya rasa ia sangat tidak menghormati seni/kerjaya saya berdasarkan apa yang saya cuba lakukan.

    Dia berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Alyph dan HotFM di Banyan Cafe & Bistro pada Khamis.

    Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, menjadikan lagu tular adalah di luar jangkaannya kerana ia bergantung kepada penerimaan pendengar.

    Jadi, ada banyak perbezaan tahap penerimaan orang ramai. Itu (kalau viral) sebenarnya terpulang kepada pendengar, bukan kerja saya.

    Sudah semestinya pemasaran (pihak agensi) akan sokong kalau ada yang guna lagu (cipta tarian trending).

    Malah lagu Swipe, benda tu jadi (viral) baru saya macam berfikir nak kena buat apa.

    Jadi album The Storm pun saya punya mentaliti dalam studio standard masih sama. Saya fokus terhadap apa yang nak disampaikan seperti mesej, perasaan selain nak mencabar diri dalam industri muzik.

    Tak perlu tukar genre

    Mengulas lebih lanjut, Alyph berkata dia kurang gemar sekiranya ada rakan artis yang terpaksa bertukar genre sendiri hanya kerana mahu mengikut trend terkini.

    (Contoh) masa itu balada tengah hit, jadi kalau buat baru lagu jadi hit.

    Saya tengok rakan-rakan artis yang buat lagu rock atau pop, dan kemudian (cuba) buat balada sebab semua orang cakap bakal jadi hit.

    Saya tidak suka sama sekali sebab saya rasa tidak semestinya kena tukar genre.

    Walaupun bertukar genre (asal) lagu mereka (mungkin ada) orang tidak boleh suka. Jadi itu adalah tanggungjawab kita (penyanyi) untuk sampaikan sesebuah lagu.

    Sebelum ini, lagu Swipe dikatakan mencipta fenomena selepas orang ramai kerap menggunakannya di media sosial hingga menjadi trending.

    Pada Januari lalu, Alyph dilaporkan telah melancarkan album baharu The Storm yang memuatkan 12 buah lagu yang kesemuanya dicipta sendiri.

    MENARIK:  Sarah Yasmine mendedahkan isu hubungan antara Sophia Albarakbah dengan Aliff Aziz - Masih Hubungan Berkekalan selepas 28 Mac?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah