33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tak Nak Ambil Katering, Bella Sanggup Masak Sendiri Untuk Rumah Terbuka Syed Saddiq – ‘Dari 6 Pagi Ke Dapur, Lepas Selesai Terus Pergi Shooting’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menyediakan pelbagai jenis juadah sempena rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

    Bella masak dari jam 6 pagi

    " data-video-id="7492699139927543048">
    @cikindahn0024748 Wanita Luar Biasa Bella .. Dari 6 pagi smpi 12.30 masakk.. Tak. Bagi YB catering.. Macm ni senang laa raya2 akan datangg EHHHHH ??? #bellaastillah #syedsaddiq #BASS ? original sound – Indah

    Menerusi sesi live di TikTok Team Saddiq, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, meluahkan rasa kagum melihat kerajinan dan kesungguhan ibu kepada dua anak itu.

    Difahamkan, Bella mula memasak seawal jam 6 pagi sehingga 12:30 tengah hari sebelum rumah terbuka berlangsung di kediaman Saddiq di Kuala Lumpur.

    Bella masak dari 6 pagi tau, dia pergi ke dapur masak dari A sampai Z. Saya dan Jack tukang habiskan lauk.

    Selalu saya tolong tapi pagi tu saya pergi joging.

    Saya pun rasa kasihan dekat Bella, saya dah cakap nak ambil katering tapi Bella nak juga masak. Itulah dia, wanita luar biasa Bella.

    Antara menu yang dimasak sendiri oleh Bella termasuklah sambal udang, makaroni, sayur campur, ayam masak merah dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan.

    MENARIK:  Bella Astillah Nafi Caras ‘Job’ Pelakon Lain

    Lebih mengagumkan, sebelum sempat acara selesai, Bella terus bergegas ke set penggambaran.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi kebolehan penyanyi itu yang dilihat begitu rajin dan tidak pernah mengeluh.

    Baiklah terima kasih YB sebab beritahu kami semua Bella masak..terharu sangat

    Hebatnya Bella masak begitu banyak dari A to Z bak kata YB. Kalau tak sayang juga tak tahu lah tu kan. YB kena faham-faham sendiri la ya.

    Hanya orang yang suka dan minat memasak je yang tahu satu kepuasan dapat jamu orang makan dengan air tangn sendiri.

    Sekarang itulah wanita luar biasa Bella” akan datang, “itulah wanita luar biasa SAYA”

    Bella sememangnya sering menjadi perhatian bukan sahaja kerana bakat dalam dunia hiburan, tetapi juga kerana keperibadiannya yang disenangi ramai.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah