30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Nafi Caras ‘Job’ Pelakon Lain

    Shopee Sale



    Didakwa mencaras tawaran lakonan yang sepatutnya diberikan kepada aktres wanita lain, pelakon Bella Astillah, tampil menafikan dakwaan tersebut.

    Mohon maaf kalau ada yang terasa hati

    Menerusi temu bual bersama Bella memberitahu dia agak terkejut apabila mendengar khabar angin yang mengatakan dia mencaras ‘job’ drama ‘Satu Hari Nanti’ daripada pelakon lain.

    Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia mendapat tawaran drama tersebut daripada pihak produksi Macha All Star United.

    Saya tidak tahu mengenai perkara itu, pihak penerbit pernah maklumkan pilihan watak utama cerita ini iaitu Marisa adalah antara saya dan Eyka Farhana.

    Tapi selepas beberapa rombakan, akhirnya Eyka memegang watak Marissa manakala saya memegang watak Aulia.

    Jadi, saya memang tidak tahu sekiranya watak ini sepatutnya dilakonkan oleh orang lain.

    Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ditemui  ketika sidang media pelancaran drama Satu Hari Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini, turut meminta maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan tawaran yang diterimanya.

    Saya minta maaf kepada individu berkenaan, kalau ada yang kata saya rampas wataknya. Saya memang tidak diberitahu apa-apa mengenainya.

    Menurut penerbit, Datuk Arisz Ab. Rahman, pemilihan pelakon untuk drama ini merupakan keputusan pihak produksi sendiri.

    MENARIK:  Johan As’ari Tepis Dakwaan Buat ‘Live’ Demi Duit – ‘Hanya Untuk Mengisi Masa Lapang’

    Tambahnya, pihak produksi berhasrat menggabungkan artis terkenal dan baru dalam satu projek.

    Memang kami ambil banyak wajah baru untuk drama ini seperti Erin CTJ, Shahidan Izwan dan Ezaidi Aziz. Kami juga gabungkan mereka dengan nama popular seperti Bella Astillah dan Eyka Farhana.

    Saya percaya gandingan ini akan menghasilkan satu kerjasama yang mantap dan boleh dibanggakan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah