Kalau korang pernah berada dalam situasi parcel sampai masa tak ada dekat rumah, confirm tahu struggle dia.
Nak tunggu rider call, nak reschedule delivery, kadang-kadang parcel terpaksa return balik… memang leceh.
Tapi sekarang, TikTok Shop dah ada solusi lebih mudah menerusi fungsi Self-Collection!
Ciri Self-Collection ni bukan saja memudahkan pengguna ambil parcel ikut masa sendiri, malah siap menawarkan Free Shipping, voucher 50% OFF dan peluang memenangi iPhone 17 Pro Max!
Dengan fungsi Self-Collection, pengguna kini boleh memilih untuk mengambil sendiri parcel di collection point berdekatan mengikut masa yang lebih fleksibel.
Macam mana nak checkout dengan Self-Collection?
Kalau first time nak cuba, proses dia sebenarnya sangat mudah.



Cara checkout:
- Pilih barang seperti biasa di TikTok Shop
- Pergi ke halaman “Order Summary”
- Tekan bahagian “Delivery Info”
- Pilih “Self-Collection”
- Pilih collection point terdekat
- Proceed checkout seperti biasa
Apabila parcel dah ready, korang akan menerima collection code melalui TikTok dan WhatsApp. Kemudian, tunjuk kod tersebut di collection point untuk ambil parcel korang.
Tetapi ingat, parcel perlu diambil dalam tempoh 5 hari bekerja dan korang boleh ambil parcel ikut waktu operasi outlet.
Ada limit saiz parcel?
Ya, Self-Collection tersedia untuk parcel:
- sehingga 20kg
- setiap sisi parcel tidak melebihi 50cm
- jumlah keseluruhan sisi parcel mestilah 150cm atau kurang
Lagi banyak order, lagi tinggi peluang untuk menang!
Bukan itu saja, setiap Self-Collection order yang berjaya diselesaikan juga akan memberi satu peluang penyertaan untuk lucky draw. Ini bermakna, lagi banyak korang order, lagi tinggi peluang untuk menang hadiah lumayan!

Antara hadiah lucky draw untuk dimenangi:
- 1x Honda ADV160 Motorbike
- 2x iPhone 17 Pro Max 512GB
- 2x 1g Gold Wafer
- 2x 1g Gold Bar
Pemenang akan diumumkan secara LIVE pada 24 Jun nanti.

Selain lucky draw, TikTok Shop turut mengadakan cabaran khas #TTSFreeShippingLagiBestChallenge.
Caranya mudah:
- Post video TikTok tentang pengalaman menggunakan Self-Collection
- Video mestilah sekurang-kurangnya 15 saat
- Letak hashtag #TTSFreeShippingLagiBest dalam caption
- Mention @tiktokshop_my dan tag 3 rakan
Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah LIKE tertinggi.
Lebih menarik, pengguna yang berjaya melengkapkan satu Self-Collection order akan menerima baucar 50% OFF untuk pembelian seterusnya.
Maksudnya selain lebih mudah collect parcel sendiri, korang juga boleh berjimat untuk pembelian seterusnya nanti.
Jadi, apa tunggu lagi. Inilah masa terbaik untuk korang cuba fungsi Self-Collection sendiri dan berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
The post TikTok Shop Self-Collection Kini Lagi Mudah, Boleh Dapat Voucher 50% & Peluang Menang Honda ADV160! first appeared on OHBULAN!.





