33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: K’jaan ambil langkah segera tangani isu peningkatan kehilangan pekerjaan

    Shopee Sale

    Kerajaan akan mengambil langkah segera dalam waktu terdekat ini untuk menangani isu peningkatan kehilangan pekerjaan sejak April lepas.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memperbaiki keadaan serta menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada mereka yang terjejas khususnya anak muda.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan turut memastikan wujud sinergi antara kemasukan pelaburan baru dengan peluang pekerjaan untuk rakyat terutama di beberapa kawasan perindustrian utama negara.

    “Sekarang ada peluang pekerjaan baharu dan kita harus salurkan supaya ada sinergi antara pelaburan baru yang masuk terutama di Perak, Pulau Pinang, Kulim High Tech (Kedah), Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan di Sarawak.

    “Jadi dalam satu atau dua minggu ini akan ada satu cara lain untuk memulihkan dan menyediakan beberapa peluang pekerjaan baharu, terutama bagi anak-anak muda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan lembu korban bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Padang Mengkuang Titi, di Bukit Mertajam, hari ini.

    MENARIK:  Istilah 'maha kaya' hanya untuk Allah, kata MP PAS

    Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan media hari ini mengenai peningkatan kehilangan pekerjaan sebanyak 21 peratus kepada 7,057 kes pada April berbanding 5,855 kes pada Mac lepas seperti yang dimaklumkan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

    Mengulas lanjut, beliau berkata sektor teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara fokus utama kerajaan kerana mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran semasa.

    “Jadi kalau ada keperluan, kita berikan latihan khas untuk membolehkan anak-anak ini masuk ke jurusan bidang pekerjaan baru,” katanya.

    Beliau berkata meskipun situasi kehilangan pekerjaan itu belum berada pada tahap membimbangkan, kerajaan memandang serius kesannya terhadap setiap individu serta keluarga yang terlibat.

    “Setiap kehilangan pekerjaan bagi seorang dalam keluarga itu tentunya merunsingkan, jadi kita cuba menanganinya dengan sebaik mungkin,” katanya.

    Terdahulu, Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh menyumbangkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh sempena Aidiladha tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah