33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gombak, Shah Alam sasaran Pemuda PAS Selangor rampas dari Bersatu

    Shopee Sale

    Desakan supaya PAS mengambil semula semua kerusi yang ditandingi Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat mula mendapat perhatian di beberapa negeri.

    Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengesahkan perkara sama turut dibangkitkan di negeri itu, termasuk cadangan supaya beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi Bersatu dikembalikan kepada PAS.

    Mohamed Sukri Omar

    “Ya, sama di peringkat Negeri Selangor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Dewan Pemuda PAS negeri lain akan mengambil tindakan serupa seperti di Kelantan susulan gesaan oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan dalam mesyuarat mereka, kelmarin.

    Menurut Mohamed Sukri, antara kerusi yang mahu dituntut semula ialah Parlimen Selat Klang yang sebelum ini ditandingi Bersatu tetapi wakil rakyatnya kemudian bertindak melompat parti.

    Turut menjadi sasaran adalah Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga, Parlimen Sabak Bernam serta DUN Sungai Air Tawar, selain Parlimen Tanjung Karang yang juga melibatkan ahli parlimen Bersatu yang bertindak meninggalkan parti.

    Tawan kerajaan negeri

    Bagaimanapun, Pemuda PAS Pahang memilih pendekatan berbeza dengan menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.

    Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, ketika ini fokus utama jentera PAS dan PN negeri adalah bagi memastikan gabungan itu dapat menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.

    Ahmad Azlan Abu Bakar

    “Gerak kerja Pemuda PAS Pahang hari ini memfokuskan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU15 iaitu 17 kerusi DUN atas nama PN dan tujuh kerusi Parlimen atas nama PN,” katanya.

    Ahmad Azlan bekata, soal tuntutan kerusi Bersatu diserahkan kepada keputusan kepimpinan tertinggi di peringkat pusat dan negeri.

    MENARIK:  Pendedah maklumat: Menantu Musa Aman tawar penyelesaian tutup mulut saya

    “Pemuda PAS Pahang menyerahkan perkara ini kepada kepimpinan tertinggi parti baik di peringkat pusat mahupun negeri dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku,” katanya.

    ‘Kalau PAS nak ambil, ambillah’

    Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Melaka, Zulhilmi Suboh berkata pihaknya belum membincangkan perkara berkenaan.

    “Kami tak bincang lagi berkenaan isu ni,” katanya ringkas.

    Khlir Mohd Nor

    Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor daripada Bersatu dilihat terbuka terhadap cadangan berkenaan.

    “Kalau PAS nak ambil, ambillah, saya nak cakap apa. Saya pun tak ada nak pertahan-pertahan (kerusi Parlimen Ketereh).

    “Kalau mereka nak ambil, ambillah. Nak buat apa gaduh-gaduh, kalau PAS dah nak ambil, ambillah.

    “Saya tak ada masalah dan tak nak bergaduh dengan siapa. Saya relaks saja, kalau orang nak ambil kita, orang ambil dan kalau tak nak, bagi pada orang lain,” kata wakil rakyat Bersatu yang keahliannya digantung oleh parti itu.

    Saya sokong, kata Wan Ahmad Fayhsal

    Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula menyatakan sokongan terhadap tuntutan tersebut.

    Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

    “Ya, saya sokong. PAS adalah tunjang. Mereka berhak nyatakan,” katanya yang keahliannya juga digantung oleh Bersatu.

    Semalam, Dewan Pemuda PAS Kelantan dilaporkan mendesak supaya sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen iaitu Gua Musang, Ketereh dan Machang diambil semula PAS daripada Bersatu menjelang pilihan raya akan datang.

    Bersatu mempunyai 23 ahli Parlimen dan setakat ini 18 dikatakan bersama Hamzah Zainuddin, timbalan presiden Bersatu yang dipecat daripada parti itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah