Bosan malam minggu asyik lepak mamak? Apa kata 29 Mei 2026 nanti korang turun ke Bukit Bintang untuk tengok drone light show eksklusif di ruang langit Kuala Lumpur?
Dibawakan khas oleh Amazon MGM dan Sony Pictures Entertainment Malaysia, pertunjukan istimewa ini hanya diadakan di 3 negara sahaja iaitu Los Angeles, Mexico dan Malaysia!
Ya, Malaysia jadi antara lokasi terpilih untuk acara eksklusif ini. So, rugi sangat kalau korang tak turun padang dan saksikan sendiri kemeriahannya.
Cahaya drone bakal terangi langit Bukit Bintang
View this post on Instagram
Bermula jam 8.30 malam, korang dah boleh berkumpul di sekitar kawasan LOT 10 untuk menyaksikan pertunjukan drone light show ini secara percuma.
Nanti bolehlah korang muat naik content TikTok dan IG Story. Nak buat kenang-kenangan untuk diri sendiri pun boleh. Lagipun, bukan selalu Malaysia dipilih sebagai salah satu lokasi untuk acara global macam ni. Dah ada peluang, why not gunakan sebaiknya, kan?
Dari langit Bukit Bintang ke layar pawagam
Untuk pengetahuan korang, drone light show ini sebenarnya diadakan sempena pelancaran filem fantasi terbaru Sony Pictures Entertainment Malaysia, Masters of The Universe yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 Jun 2026 nanti.
Filem ini dibintangi nama-nama besar seperti Nicholas Galitzine, Morena Baccarin, Idris Elba, James Purefoy dan Jared Leto.
Ceritanya mengisahkan seorang lelaki muda di bumi yang mengetahui dirinya merupakan seorang pewaris kepada sebuah planet asing. Dalam usaha untuk melindungi kerajaannya, dia perlu mencari pedang ajaib dan kembali ke dunia asalnya.
Kalau korang rasa jalan cerita Masters of The Universe ni menarik, jangan lupa ajak family atau kawan-kawan untuk tengok sendiri filem penuh dia di pawagam bermula 4 Jun 2026 nanti.
Apa yang pasti, jangan lepaskan peluang untuk ke drone light show eksklusif sempena tayangan filem Masters of The Universe yang akan berlangsung di LOT 10, Bukit Bintang pada 29 Mei 2026, jam 8.30 malam.
The post Amazon MGM & Sony Pictures Entertainment Malaysia, Bakal Adakan Masters Of The Universe Drone first appeared on OHBULAN!.





