29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tahniah Juga Kita Ucapkan Kepada Pelajar Yang Tak Dapat Keputusan Bagus, Di Atas Semangat & Keinginan Untuk Belajar’ – Saharul Ridzwan

    Shopee Sale



    saharul spm

    Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pendapatnya di media sosial tentang kepentingan menimba ilmu yang bermanfaat.

    Pendapat Saharul

    " data-video-id="7374686081297468688" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @saharulridzwan7

    Penting ke pelajaran? ?

    ? original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saharul mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

    Tahniah kita ucapkan kepada para pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang dan tahniah juga kita ucapkan kepada pelajar-pelajar yang tak dapat keputusan baik.

    Kenapa tahniah? Tahniah atas semangat dan tahniah atas keinginan untuk belajar.

    Pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan Hashim itu berpendapat, kadang kala ada segelintir pelajar yang tidak cemerlang namun dengan usaha kerasnya dia juga mampu meraih kejayaan selepas mendapat peluang melanjutkan pelajaran.

    Ada orang yang belajar pandai, selepas dia dapat keputusan dia dah tak mahu belajar.

    Berbeza pula dengan pelajar yang dapat keputusan tak berapa bagus. Disebabkan keinginan dia nak belajar, jadi dia belajar bersungguh-sungguh dan dia dapat keputusan yang bagus. Mungkin lebih baik daripada mereka yang dapat keputusan cemerlang.

    Belajar untuk cuba jadi manusia yang lebih baik dari satu hari ke satu hari.

    Pelakon berusia 35 tahun itu juga sempat berkongsi keputusan peperiksaannya ketika bergelar pelajar.

    2 A 4B 3C rasanya. Waktu diploma, saya dapat anugerah dekan hampir kesemua semester iaitu dengan pointer 3.72 untuk Diploma Aircraft Maintenance.

    Dalam pada itu, Saharul juga menitipkan nasihat untuk semua individu di luar sana agar tidak berputus asa dalam mencari ilmu dan menggunakan pengetahuan mereka ke arah kebaikan.

    Sekarang ni pun saya masih belajar untuk perniagaan saya. Saya masuk kelas. Setiap hari adalah sebuah proses pembelajaran.

    Paling penting apa yang kita belajar itu dapat bawa kebaikan kepada kita dan agama. Insya-Allah kita akan dapat arah yang betul.

    Belajar agama, belajar hukum halal haram dan gunakanlah ilmu itu dengan sebaiknya.

    MENARIK:  Norish Karman Rasa Kasihan, Anak Muda Abai Pelajaran Sebab Nak Jadi ‘Influencer’ – ‘Tak Guna Ada Duit Tapi Tiada Ilmu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah