29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norish Karman Rasa Kasihan, Anak Muda Abai Pelajaran Sebab Nak Jadi ‘Influencer’ – ‘Tak Guna Ada Duit Tapi Tiada Ilmu’

    Shopee Sale



    Norish Karman

    Pelakon, Norish Karman mengakui berasa kasihan dengan segelintir anak muda yang mempunyai pemikiran untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana mahu bergelar pempengaruh media sosial.

    Ilmu, agama & adab

    Norish Karman

    Norish, 51, berpendapat, apa jua cabang kerja yang ingin diceburi harus mempunyai ilmu selain diikuti dua elemen penting dalam kehidupan iaitu adab dan agama.

    Mungkin ini antara cabaran era masa kini yang mana kita lihat ramai mahu jadi influencer.

    Mahu jadi influencer dengan harapan akan cepat kaya sehingga meninggalkan pelajaran. Saya amat kasihan dengan anak-anak yang ada pemikiran begitu.

    Kerana apa sahaja yang kita lakukan dan apa jua minat kita, tiga perkara ini harus didahulukan iaitu agama, adab dan pelajaran.

    Tidak guna kalau banyak duit tapi tiada ilmu, tidak berguna ilmu jika tiada adab. Ilmu dan adab adalah satu kemestian dalam kehidupan selain agama.

    Norish berkongsi pandangannya itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Dahlia Rizal Kongsi Rutin Baca Taklim Sebelum Tidur, Netizen Harap Dapat Calon Suami Macam Imran Aqil

    Jangan fikir duit

    Norish Karman

    Berkongsi lanjut, Norish berkata, jika tiga elemen tersebut menjadi pegangan setiap manusia, pasti segala hal dipermudahkan.

    Peganglah dengan tiga perkara ini, insya-Allah hal-hal lain akan dipermudahkan. Jangan fikir nak duit semata-mata.

    Memang semua orang perlukan duit, namun jika ada duit tapi tiada ilmu, duit itu akan jadi satu pembaziran.

    Kalau ada ilmu tapi adab pula tiada, manusia itu adalah manusia yang sia-sia. Sebagai orang Islam juga harus ada iman, jadi perlu dalami ilmu agama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah