28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Seorang Pendosa Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya’ – Amira Othman

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon Amira Othman, berkongsi pandangannya tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

    ‘Saya seorang pendosa’

    Menerusi sesi temu bual di podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, mengakui  bahawa dirinya bukanlah insan yang sempurna, namun tetap berpegang teguh kepada kewajipan solat.  

    Saya memang tak baik, saya seorang pendosa tapi saya berpegang bahawa saya kena solat.  Saya memang yakin bahawa solat itu tiang agama. Jahatlah macam mana pun kita kena solat.

    Menurut pelantun lagu Bila Nak Kahwin? ini lagi, solat telah menjadi pegangan hidupnya sejak zaman persekolahan lagi malah banyak membantu dirinya untuk kekal berdisiplin dalam kehidupan.

    Alhamdulillah, solat ni saya dah terapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus tapi memang kita kena solat dan ia perkara paling asas.

    ‘Solat adalah penyelamat kita’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

    Menurutnya, setiap insan mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, namun percaya bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga penyelamat yang mampu membimbing seseorang untuk kembali ke jalan yang benar.  

    Solat ini banyak menyelamatkan saya dan Alhamdulillah mak ayah memang selalu memantau. Saya sering dipantau walaupun jauh dari keluarga.

    Solat adalah penyelamat kita, solat akan menggerakkan kita bila kita nak buat benda jahat. Kalau kita tersasar melakukan perkara jahat pun insya-Allah kita akan berpatah balik kerana banyak doa dan berkat dalam solat.

    Mengakhiri perkongsian, Amira menegaskan bahawa niatnya bukan untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik, tetapi sekadar ingin berkongsi kepentingan menjaga solat walau dalam apa jua keadaan.  

    MENARIK:  [VIDEO] Pasukan Penggali Cerita Momen Gali Kubur Zara Qairina, Kain Kafan Sempurna & Tidak Berbau – ‘Kami Menitiskan Air Mata’ 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah