Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri tampil mempertahankan suaminya selepas timbul dakwaan tidak berasas yang mendakwa aktor berkenaan tidak bekerja serta culas memberi nafkah.
Artikel Berkaitan: Fizo Omar Tegur Netizen Bagi ‘Rate’ Restoran Rembayung Satu Bintang – ‘Review Ini Penting, Dunia Boleh Tengok’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Maafkan Mawar, Dia Tetap Emak Kepada Anak Saya’ – Fizo Omar

Menerusi satu hantaran di Threads, Fazeera menegaskan tuduhan berkenaan sangat berat dan menyakitkan hati, apatah lagi apabila dilemparkan oleh kaum wanita.
Kalau nak libatkan saya seorang, tak mengapa. Tapi jangan sampai menyebut nama suami dan anak-anak saya.
Ada yang menuduh kononnya suami saya tidak memberi nafkah yang mencukupi, saya sahaja yang bekerja keras dan melahirkan ramai anak.
Terus terang saya katakan, tuduhan itu sangat jahat dan menyakitkan hati, lebih-lebih lagi apabila datang daripada mulut sesama perempuan.
Takkan saya nak ceritakan kepada satu dunia apa yang suami saya berikan kepada saya. Nanti bila diceritakan, dituduh pula riak dan timbul pula ain.
Tambah Fazeera, sekiranya benar keluarganya hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan, mustahil dia mampu menjalani kehidupan seperti sekarang.
Kalau benar hidup saya bergelut dan susah, bagaimana pula saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun, menyambung pelajaran, melancong, serta membayar komitmen rumah, kereta dan bil-bil?
Anak-anak pula semuanya ditanggung, termasuk insurans yang lengkap. Semua itu adalah hasil tanggungjawab dan usaha suami saya.
Sehingga hari ini, saya tidak bekerja dan berasa tenang kerana tahu suami sentiasa ada di belakang. Kalau saya kongsikan berlebihan apa yang suami berikan, nanti ada pula yang menuduh saya menunjuk-nunjuk dan riyak.
Bercerita lanjut, Fazeera memaklumkan suaminya sendiri pernah menasihatkan agar mereka kekal merendah diri di media sosial demi mengelakkan hasad dengki serta perkara tidak diingini seperti penyakit ain.
Suami saya pernah berpesan supaya kami sentiasa bersikap rendah diri di media sosial. Sebab itu saya memilih untuk tidak mempamerkan apa yang kami miliki.
Namun malangnya, tetap timbul tuduhan tidak berasas daripada segelintir wanita yang berkata-kata tanpa berfikir dan menyakiti hati.
Terdahulu, Fazeera berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir wanita yang didakwa menggunakan kecantikan sebagai kelebihan untuk bergantung hidup kepada lelaki berharta.
Malah, dia berpendapat istilah lelaki ‘provider’ kini sering disalah tafsir sehingga mengaburi tanggungjawab sebenar seorang ketua keluarga.
Sumber: Threads
The post ‘Takkan Nak Cerita Satu Dunia Apa Suami Saya Beri’ – Isteri Fizo Omar first appeared on OHBULAN!.





