28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sarimah Ibrahim Selesa Berpakaian Sopan – ‘Saya Ada Anak, Seorang Isteri & Ini Tanda Hormati Diri’

    Shopee Sale

    Prinsip berpakaian yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim telah menyorot perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Mahu Anak Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain – ‘Biarkan Dia Menjadi Budak’ 

    MENARIK:  ‘Amir Masdi Pernah Tidur Di Studio Selepas Pergi Sana Sini Nyanyi Banyak Lagu, Tapi Percuma Saja’

    Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Produser – ‘Sebagai Artis Tak Boleh Berlakon Sahaja’

    Pasang badan

    " data-video-id="7572562247084526856" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dj_nazz

    PASANG BADAN x @Sarimah Ibrahim #begitubeginidjnazz #begitubegini #pasangbadan #sarimahibrahim #CapCut

    ♬ original sound – DJ Nazz – DJ Nazz

    Menerusi segment Pasang Badan bersama DJ Nazz, Sarimah mendedahkan jenama dan harga bagi setiap barangan yang digayakannya.

    Antara yang menarik adalah jaket denim yang dibeli Sarimah pada tahun 1998 dengan kualitinya dilihat masih baik.

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Kini Kau Tiada tersebut turut berkongsi tentang falsafahnya dalam berpakaian.

    Jangan cuba pakai benda yang tak selesa hanya untuk nampak menarik, sebab saya tahu badan saya.

    Bila saya pakai pakaian yang terlalu ketat, saya dapat rasakan ia bukan diri saya yang sebenar.

    Saya akan rasa panik..sebab tak boleh jadi diri sendiri dan boleh memberi kesan kepada kerja juga.

    Saya tak mahu terlalu mendedahkan kulit saya lagi. Saya ada anak, saya seorang isteri dan saya menghormati diri.

    Dulu saya merasakan terlebih terdedah..too vulnerable.

    Saya tak tahu tapi perasaan ini datang dengan sendiri.

    Netizen puji

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pengacara berusia 47 tahun itu sebagai seorang wanita yang elegan dan mempunyai kelas tersendiri.

    Selain itu, mereka juga kagum dengan prinsipnya yang dilihat semakin matang dalam memilih pakaian.

    Sumber: TikTok DJ Nazz

    The post [VIDEO] Sarimah Ibrahim Selesa Berpakaian Sopan – ‘Saya Ada Anak, Seorang Isteri & Ini Tanda Hormati Diri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah