Pelakon dan usahawan, Reen Rahim, berkongsi sebuah coretan istimewa tentang perjalanan perniagaan yang dibangunkannya bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, yang disifatkannya sebagai penuh warna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reen Rahim Dinobat Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025
‘Ada masa gaduh, ada ketawa’

Menerusi hantaran di Instagram, Reen, 37, berkata realiti hubungan mereka tidak selalu sempurna, namun tetap kukuh apabila melibatkan komitmen terhadap bisnes makanan tambahan yang dijalankan.
Reen menjelaskan bahawa hubungan itu sering dihiasi dengan momen spontan yang menghiburkan, sambil mengakui mereka bukanlah pasangan yang matang.
Kami bukan pasangan yang paling matang. Ada masanya kami bergaduh manja, ada waktunya kami ketawa tanpa sebab yang jelas dan kadang-kadang kami lebih banyak bermain berbanding bekerja.
Namun satu perkara yang kami tidak pernah ambil mudah ialah tanggungjawab, terutama apabila melibatkan perniagaan dan produk yang kami hasilkan sendiri.
Menurut Reen, perjalanan sebagai pasangan suami isteri dan rakan perniagaan banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih matang dan bekerja dengan seikhlas hati.
Di sebalik tawa itu, terdapat dua individu yang sedang belajar menjadi lebih dewasa, belajar melakukan sesuatu dengan hati dan belajar memberikan yang terbaik setiap hari.
Kami mungkin tidak sempurna, tetapi kami serius dalam soal usaha. Serius dalam soal rezeki. Serius dalam menjaga kualiti.
Mengakhiri perkongsian, Reen menyatakan rasa syukur kerana usaha kecil mereka kini semakin berkembang dan memberi manfaat kepada ramai pengguna.
Ini merupakan perjalanan kecil kami dan kami bersyukur kerana semakin ramai ‘teaster’ mendapat manfaatnya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Reen Rahim Kongsi Perjalanan Bisnes Bersama Suami – ‘Di Sebalik Tawa, Dua Individu Sedang Belajar Jadi Lebih Dewasa’ first appeared on OHBULAN!.





