28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Que Haidar Pilih Bantu Usahawan Kecil Meski Gambar Berkopiah Diguna Tanpa Izin – ‘Mungkin Dia Susah’

    Shopee Sale

    Pelakon versatil Que Haidar, membantu seorang usahawan kecil dengan memberi keizinan menggunakan gambarnya untuk mempromosikan jualan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamilah, Jangan Lari..Saya Cari Awak’ – Que Haidar

    MENARIK:  Polis Tak Tolak Kemungkinan Permainan Dalam Talian Punca Abang Umur 9 Tahun Kel*r Leher Adik

    Artikel Berkaitan: Dua Bulan ‘Workout’, Netizen Terpegun Tengok Que Haidar Makin Sado

    Beri izin

    " data-video-id="7569787994861767944" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @cyberjayaviral

    Ramai orang yang tengok tak kerja ke hari jumaat 🤣 #jamilah #quehaidar

    ♬ original sound – Cyberjayaviral – Cyberjayaviral

    Menerusi perkongsian di TikTok, Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, akui pada awalnya kurang senang apabila fotonya telah digunakan tanpa kebenaran.

    Bagaimanapun, Que memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan malah membantu individu tersebut melariskan jualan dengan mempromosikan kopiah itu di akaun media sosial miliknya.

    Saya nampak di Instagram, ada orang tag saya tentang kopiah kait. Dia guna gambar saya untuk promosikan kopiah tu.

    Mula-mula hati saya berkata, mana boleh macam ini, tak minta izin pun ambil gambar saya.

    Tapi sebelah hati saya lagi berkata, mungkin dia susah dan buat sendiri, berapa ringgit sangat dia dapat, jadi saya terus tolong promosikan di Instagram Story saya.

    Mungkin juga dia ibu tunggal, mana tahu kalau boleh bantu dia sedikit.

    Usahawan minta maaf

    Menjengah ke ruangan komen, usahawan tersebut tampil memohon maaf kepada pelakon filem Rock Oo itu kerana menggunakan gambarnya tanpa meminta izin.

    Individu berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk berbuat demikian dan bertindak mempromosikannya selepas melihat kopiah rekaanya seakan sama dengan yang dipakai oleh Que.

    Sementara itu, Que juga dihujani dengan pujian oleh warganet dan disifatkan berhati mulia kerana sudi membantu individu tersebut.

    Terdahulu, nama aktor itu semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini selepas transformasi tubuhnya yang lebih sasa selain tular dengan trend ‘mencari Jamilah’.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Que Haidar Pilih Bantu Usahawan Kecil Meski Gambar Berkopiah Diguna Tanpa Izin – ‘Mungkin Dia Susah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah