Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan insiden kanak-kanak berusia enam tahun cedera akibat leher dikelar mempunyai kaitan dengan satu permainan dalam talian.
Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Bangun Tidur, Temui Anak Berusia 6 Tahun Cedera Dikelar
Abang didakwa kelar leher adik

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ab Rahaman Arsad, mendakwa insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan abang mangsa yang berusia sembilan tahun.
Berdasarkan siasatan awal kita dapati kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.
Tetapi ianya ada berkemungkinan ada kaitan di mana abang mangsa mempunyai satu aplikasi permainan di dalam telefon pintarnya.
Menurut Ab Rahaman lagi, siasatan mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu telah mengumpul kira-kira satu juta ‘mata’ dalam permainan tersebut.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai telah merosakkan telefon pintar milik abangnya, menyebabkan semua ‘mata’ yang dikumpulkan itu hilang.
Hasil soal siasat yang dibuat terhadap abang mangsa, mungkin ada kesan daripada game, dia mengalami macam halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.
Dipercayai abang mangsa mengambil sebilah pisau yang ada dalam rumah itu dan mencederakan adiknya sendiri.’
Bagaimanapun motif kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Batu Pahat.
Namun, pihak polis masih belum dapat mengambil keterangan penuh daripada mangsa.
Kedua-dua beradik itu (mangsa dan abangnya) kini telah diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan mereka masih di bawah umur.
Dalam perkembangan berasingan, ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak itu, yang masing-masing berusia 41 tahun, telah direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan parah) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
The post Polis Tak Tolak Kemungkinan Permainan Dalam Talian Punca Abang Umur 9 Tahun Kel*r Leher Adik first appeared on OHBULAN!.





