Pelakon, Puteri Sarah Liyana menegaskan kepentingan buat golongan wanita untuk sentiasa penuhi kehidupan dengan ilmu baru.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Banyak Mengadu Dengan Allah SWT, Doa Sebagai Penguat Diri – ‘Saya Takut Nak Cerita Dengan Orang’
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Bersimpati, Pernah Lalui Situasi Dicurangi Ketika Sedang Hamil – ‘Faham Sangat’
Wanita berilmu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkongsi pengalamannya menguruskan rumah tangga yang disifatkan gagal.
Tambah Puteri Sarah, segala yang dilakukan adalah atas usaha sendiri sekali gus berharap agar tindakannya membuka mata para wanita di luar sana.
Perempuan kena ada ilmu. Kena banyak membaca.
Setiap langkah yang saya buat sebelum ini, saya betul-betul belajar dan fikir dengan peguam saya.
Saya harap dengan apa yang saya buat ini dapat membuka mata para wanita.
Selain itu, bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan kes rumah tangganya dijadikan bahan perbincangan pelajar universiti susulan langkah yang dibuat untuk mendapatkan hak secara adil.
Ada individu beritahu, kisah saya dijadikan sebagai thesis di universiti mereka.
Apa saya punya langkah untuk pemberdayaan wanita (women empowerment).
Sebenarnya tiada siapa yang ajar. Saya belajar sendiri. Tanya orang sana sini.
Anda semua kena tahu hak sendiri. Ini adalah kehidupan awak.
Sumber: Tiktok @Studio Sembang
The post [VIDEO] Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri – ‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’ first appeared on OHBULAN!.





